There was an error in this gadget

Monday, 30 May 2011

Bila virus menyerang

Assalamualaikum


Ha rindu betol jari teman ni nak menaip. Ate kome pun rindu teman ke. Adess sejak bila ko loghat peghak (perak) ni azie.. Ok sudah. Kehilangan saya kali nie bukan bawak diri, bukan putus asa tapi kureng (kurang) sihat je. Sah gedik la kau ngada ngada kan ngadu kat orang. HEH. Mungkin musim lah kan.. Bukan musim durian tau. Kalau musim tu semua dah pergi berkerumun dekat tepi tepi jalan. Kenape tepi jalan bukan tengah ke. Yelah kalau tengah dah tentu lah korang tak makan durian. Entah entah nak makan pun kena orang suap. Nauzubillah. Adoi jauh tersimpang dah ni. Patah balik. Sekarang nie memang la suara pun macam ada takda. Hingus pun meleleh leleh. HAHA. Ok lah dari kau membebel tak tentu pasal baik la kau stop. NGEH.


Sakit sakit pun selera makan tetap ado. Kau ado? HAHA. Ibu tersayang belikan untuk anak perempuan tunggal dia. Bangga u XD. Asalnya aku punya kek je nak suh tulis nama tapi orang tu tulis semua sekali. Janji masuk perut. HAHA. 

p/s: Bila sakit nie mood nak menulis pun kureng. Harap maaf ye kalau ada cacat cela. Akan cuba cari balik mood tu. xoxo. *Mr M pun tak berapa sihat. Gigi sakit. Sabar ye awak mungkin ni dugaan untuk kita. Cewahhh... 

Friday, 27 May 2011

Finally..

Assalamualaikum


Hari ni lambat sikit. Da nak masuk hari baru baru terkial kial nak update entri hari nie. Jadi adik adik abang abang akak tak nak cakap banyak sebab nanti akak dicop membebel. Mari mari rapat rapat telinga akak nak nak bagitau yang finally akak DAPAT JUMPA MR M walaupun sekejap. :)) Sempat jugak la pergi makan. Suap suap lagi u alls. Sakit hati je baca kan. Ingat kenape ye tak. Takpe la yang penting akak hepi nokkk. Kau ado?? HAHA. Agak langsi kan. Satu yang aku respect dalam diri Mr M dia usaha jugak nak jumpa walaupun ada hal melainkan hal yang penting sangat. Dalam diam aku terharu. Sobs sobs. 


Muka nak mintak macam macam. Boleh bagi ke? HAHA

p/s: Entri yang macam tak ikhlas nak tulis sebab mata dan jari dah penat. Buat ape ntah kau ni azie. NGEK. 

Monday, 23 May 2011

Natural atau buat-buat?

Assalamualaikum


Malam ni aku kurang sihat. Kepala pening pening so tanda tanda nak demam semakin menghampiri. So kalau ada ayat yang merapu meraban tunggang terbalik tu harap maap la ye! :) Natural?? Buat buat?? Apekah itu? Ok semua pelan pelan (perlahan-perlahan) ye akak nak citer la ni. Entri kali ni berkenaan dengan sikap aku bila tak sihat atau kata lainnya sakit la kan. Kalau dah tak sihat apa lagi kan. HEH. Kalau aku tak sihat aku mesti perlukan seseorang tak kira la family, kawan or insan tersayang (ehem ehem) . Sebab bila aku sakit ni memang aku lemah sangat sangat (mane ade orang sakit lincah lak kan). Tapi orang lain aku tak tau la sebab entri ni pun memang pasal aku. HAHA. So makan pun nak bersuap kalau boleh mandi pun nak mandikan. (Auwww) Eh tak la setakat ni sendiri buat la tak tau bila dah ber'husband nanti (Oh My God ! ). La dah kawin memang takde rahsia la kan. Oppss patah balik ke entri. Lagi satu sikap aku time sakit ni memang manja giler aka suka merengek rengek. Ala macam budak budak bila die nak gula gula tapi mak dia tak kasi sebab budak tu sakit gigi. Memang dia nak sangat la kan. So macam tu la dengan aku. Actually sikap ni aku baru sedar tadi (selama hidup 22 tahun ni) sebab Mr M mula bersuara jangan buat dia serba salah bila aku mintak dia datang jaga aku. Fikir fikir balik keterlaluan sangat aku ni. Gedik la kau ingat husband kau ke azie oiii !! Ni lah sikap yang aku nampak dalam diri aku. Kalau boleh memang tak nak la kan sebab macam susahkan orang. Tapi ni lah sikap aku bukan sengaja buat buat. Kalau tak tahan dengan aku memang kena tinggal la kau azie. xoxo.



Bila hati girang terjadi la raut muka ni. HAHA. Show off muka orang yang tengah bahagia sakan. Gedik kau azie!


p/s: Hidup ni perlu diselang selikan dengan manja sikit, happy sikit, moody sikit, merajuk sikit baru la meriah. Boleh ke macam tu? XD (Kesian Mr M. Sori awak takde niat nak buat awak macam tu. Tapi awak paham saya kan. Tu yang buat makin sayang. Bestnya statement kau azie :DD )

Sunday, 22 May 2011

Majlis Aqiqah

Assalamualaikum


Malam malam ni taknak la entri jiwang jiwang. Malam ni je malam esok sambung balik. HAHA. Mesti pelik kan dengan tajuk entri kali nie. Nak cakap azie punya kawin pun belum lagi. Baru bercintan cintun. Kalau abang azie punya pun bukan sebab siblings azie memang sorang pun belum kawin. Musykil kan. Tambah musykil bila bahasakan diri azie. Konon konon manja la tu. Eeee GELI tau! Kembali normal ye. Actually entri nie pasal jiran sebelah rumah aku. Baru tepuk dada tanda LEGA kan. HEH. Memang best kan kalau sambut orang baru dalam keluarga kita. Tambah tambah kalau zuriat kita sendiri. Macam biasa lah mesti ada majlis aqiqah atau majlis cukur jambul. Majlis nie memang biasa la dalam masyarakat kita seperti sunnah Rasulullah s.a.w. Dulu memang tak paham la sampai dalam hati marah 'eh tak cantik la potong rambut baby tu camtu'. Tapi dalam hati je la kan. Nak cakap kuat kuat kang rumah orang. Malu lak parents aku nanti. hikhik. Tapi yang aku tau kalau orang buat majlis ni mesti nak tumbangkan seekor kambing kan. Tambah tambah bila dia panggang. Makan pulak dengan black pepper. Perghh memang kecur air liur la sape yang tengok. XD. Cakap banyak pun tak guna kan. Tunggu lah bila korang buat majlis tu sendiri. Papepun jangan lah lupa jemput aku ye! :D


p/s: Mengalami masalah teknikal untuk mengupload foto. Takleh lah nak bagi korang meleleh air liur hingus bagai. Dasar niat tak murni. HEH. Tak sabar nak tunggu dapat buat majlis tu sendiri. *Auwww XD

Saturday, 21 May 2011

Bila hati dah rindu

Assalamualaikum


Hujan malam malam nie memang best kalau disajikan dengan entri jiwang. Hisy takde kaitan la azie. Malam nie izinkan saya menggedik ye abang abang kakak kakak. HEHE. Situasi begini selalunya terjadi pada orang yang mabuk. Bukan mabuk orang minum arak tu tau. DOSA. Ni mabuk yang berlaku pada orang yang bercintan cintun. MABUK CINTA. >.< Entri malam ni memang berkenaan Cik Azie. Eh saya lah kan. Ditujukan rindu ini untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung saya. My beloved Mr M. NGEH NGEH. Memang agak lama aku tak spend time dengan dia. (Berapa lama tu tak pasti lah. hehe) Bukan sengaja atau memang tak nak jumpa. Tapi kesibukan membataskan segalanya. Wah class ayat kau azie.. Tambah tambah sekarang nie aku terpaksa ambil alih peranan abang aku so memang susah la kan. Tapi mujurlah dia faham walaupun kerap kali jugak ajak keluar ape semua. Thanks awak, saya janji akan ada masa untuk awak ye. *Auwww :)



Bear nie lah pengubat sedikit rindu aku pada Mr M. Pemberian Mr M 1 September 2010 bulan puasa. Wah ingat lagi :).. Bila rindu dia aku peluk bear nie. Boleh ke macam tu. >.<

p/s: Biarlah masa menentukan.(Ayat redha) XD

Thursday, 19 May 2011

Tweet tweet

Assalamualaikum


Malam ni hujan lagi. Kilat sabung menyabung tadi buat aku postpone untuk menge-post entri. Sebab aku takut kilat. Tambah tambah kalau aku dok sorang. Walaupun siang tapi bila gelap nak hujan tu macam gelap lain macam je aku da mula takut. *tau takut kan kau azie. Ok sambung. Entri malam nie aku nak citer tentang salah satu website atau laman sesawang yang dikenali sebagai Twitter. Ala famous nya lebih kurang cam fesbok atau facebook atau fb. Dulu ada myspace, friendster, tagged bagai kan. Tapi tu zaman budak boleh la ada semua tu. Cehh pandai lak kau tentukan azie. Citernye cenggini.. Bukan complicated sangat pun tapi aku yang menyebabkan ianya begitu complicate. HEH. Sampai skang taktau camne fungsinya twitter. Tu lah kau orang ada Twitter kau pun sibuk la nak gak. Lepas tu menggagau nak tweet tweet bagai. So conclusionnya kalau ada sape yang baik hati tolong terangkan apekah fungsinya tweet tweet twitter. (Sama ke dengan bila kita main kejar kejar then kita tweet sambil merapatkan semua jari) *Bingung seketika di malam hari.



Muka untuk mendapatkan simpati. Macam nak mintak penampar pun ada kan. Tapi siapakan gerangan yang direnung oleh aku? XD

p/s : Mr M baru call nak main futsal malam malam ni. Hati hati ye awak. Saya sayang awak :)) (Tu pun gedik nak bagi tau kan)

Tuesday, 17 May 2011

Hasrat Tercapai

Assalamualaikum


Malam malam cenggini baru lah aku dapat online. Memang time ni lah jadual aku sekarang ni. Sejak abang kesayangan aku masuk hospital memang pagi pagi nampak muka aku keluar malam malam baru nampak muka aku balik. Semuanya demi ABANG KANDUNG TERSAYANG. Saje tulis huruf besar biar orang nampak. Ngeh ngeh. Abang aku dah dapat jiran baru sorang pakcik tu dari Bangsar. Memang baik and funny sangat orangnya. At least kalau sakit sakit pun hati senang je. Sakit sakit pun tak rasa. Terima kasih pakcik sebab bagi coklat dan kek tadi.*Semalam birthday pakcik tu anak anak dia datang la bawak aneka makanan. So yang untungnye aku la kan. HEHE. 


Eh melalut lak aku nie. Takpe kasi pakcik tu famous masuk entri aku ni. Seperti yang dimaklumkan tajuk entri di atas (Wahh berlagak YB gitu..) hasrat apekah yang tercapai? Hasrat nak tambah boifren? Hasrat nak kawin? Tett... tekaan anda salah. Cuba korang bace entri sebelum ni. Haa dapat tak. Hasrat tu lah yang tercapai. Hasrat memiliki henfon idaman :). Senyum lebar sampai telinga aku malam ni. Seperti mendengar kata hati aku. Sebenarnya dah lama aku simpan impian tu cuma baru baru ni baru dapat luahkan. Duit yang kumpul kumpul makin surut. Memang kalau tunggu duit aku entah bila lah nak dapat kan. Jadi persoalannya siapakah gerangan insan yang baik hati belikan aku henfon ni. Ikutilah perbualan di bawah. (Sambil kedua dua tangan menopang dagu)


Ibu: Haa seperti yang ibu janjikan. Hari nie janji mesti ditepati.
Aku: (Memang dah agak dalam hati kan tapi buat buat tak tahu la). Ape dia bu?
Ibu: (Sambil tersenyum ke arah aku) Kita g sogo beli buah buahan nak makan kat hospital nanti. Pastu HENFON
Aku: (Dah girang dalam hati tapi control lagi) Takpelah bu. Kita settle hal abang dulu. Henfon tu bila bila pun boleh kan. *Adik yang baik aku kan. HAHA. Sempat lagi kau azie. 
Ibu: Takpe lah. Abang punya memang ibu da ketepikan. Ni memang khas untuk akak punya. Lagipun dah lama tertangguh kan.
Aku: (Terdiam dan terharu. Nie lah kasih ibu yang membawa ke syurga)



I LOVE YOU IBU :)



Ni lah henfon idaman aku. Syukur Alhamdulillah. :)


Ni lah wajah bila dapat henfon baru. Niat hati nak meloncat tapi control ayu la kan. NGEH. XD

p/s: Alhamdulillah Allah kabulkan impian aku. Thanks ibu. Akak sayang ibu :). Dalamnya kasih ibu. Asalnya pakai aku punya duit then ibu aku tambah. But bila aku hulurkan duit ibu cakap "takyah lah simpan je duit tu jimat la sementara ada ni" (Sangat sangat terharu. Sobs sobs)

Monday, 16 May 2011

Oh lelaki idaman~

Assalamualaikum


Kedinginan suasana malam nie buat aku nak menge-post tajuk entri sebegini. Cam best kan. Aku sendiri pun like entri yang aku nak buat nie. So mai dekat ai rapat abang abang adik adik semua. Bukak telinga lebar lebar macam jalur lebar tu. HAHA. Kelakar sudah kau azie. XD


Okay..aku tau semua orang mesti penah becinta kan. Even tak pun mesti korang ada letakkan ciri ciri untuk sesiapa yang bakal jadi gf/bf korang kan. Entri kali nie daku nak citer tentang ciri ciri LELAKI IDAMAN aku :). Bersedia tak nak dengar? Angkat dua jari and buat PEACE >.<


Jujur
Firstly, lelaki nie haruslah jujur. Tak kira dalam setiap ape pun yang dia buat. Kalau tak baik takyah bercintan cintun kan. Aku nie memang paling pantang kalau orang tak jujur dengan aku. Jenis aku kalau aku dah SAYANG kat orang tu memang aku bagi kepercayaan kat dia. So kalau sekali dia dah runtuhkan tembok kepercayaan tu susah aku nak percaya buat kali KEDUA. :)


Setia
Bila dah datang jujur tu of course la dia setia kan. Macamane aku boleh bagi jaminan aku takkan berpaling (cinta) camtu gak la aku nak dari lelaki tu. Sebab aku kalau dah sayang orang tu memang orang tu je dalam hidup aku. Aku takkan keluar dengan laki lain melainkan kalau dengan dia. So macam tu gak aku nak dari si dia. PEACE :)


Caring
Nie jugak sikap yang boleh buat aku tersentuh. Aku memang takleh kalau lelaki ambik berat kat aku sebab boleh buat aku JATUH HATI. Tapi aku tau la beza antara dia caring betol or saje nak ambik hati kan. Nie jugak lah faktor aku JATUH CINTA dengan Mr M :). First time saya mula tersentuh dengan sikap awak masa awak cedok kuah tomyam untuk saya. HAHA. Mungkin pada orang lain benda nie kelakar or boleh buat orang gelak terguling guling tapi ni lah hakikatnya. SUMPAH takde orang lagi yang pernah buat saya camtu. Kalau lah awak tau hati saya berdebar debar saat tu. *BLUSHING


Penyayang
Nie pun mudah buat aku jatuh hati kat lelaki tu. Dah nama pun orang tersayang mesti lah ada sifat penyayang tu kan. HEH. Aku paling pantang kalau baru setakat IN A RELATIONSHIP kau dah angkat tangan ape semua. Kalau da married tak tau ape lak kau angkat kan. Ehh bro kata sayang macam tu ke kau tunjukkan rasa sayang kau tu. Yang perempuan lak muka kau dah macam macam color semua kau still terhegeh kat lelaki tu. Kak KUMBANG BUKAN SEKOR tau. Sorry la if ada yang terasa. This is just my opinion. :)


Romantik
Kalau yang di atas tadi HARUS ada ni just bonus je. Cehh ingat game ada pusingan bonus bagai. Romantik kat sini bukan lah perlu petik bunga, matahari, bintang or anything else ape semua. (Kalau buat lagi best. HAHA) Cukup lah ape yang dia buat or usaha nak buat menghiburkan hati aku. Tambah tambah dengan sifat aku yang manja and kuat merajuk. HEH manja lah sangat kann.. Cukuplah dia pandai jaga aku and mampu buat aku HAPPY bila dengan dia :)


 Dia lah PENCURI & PENJAGA hati saya. Dia jugak BUAH HATI saya. Dan dia lah CINTA HATI saya. Thanks awak sebab buat hidup saya bersinar balik. (Bajet romantik~ nyampah. HAHA)


p/s: Lamanya tak jumpa Mr M. Rindu awak la :)

Henfon Idaman

Assalamualaikum

Dek kerajinan terlampau malam nie daku nak menge-post apa yang boleh di-post lagi. Eh semacam lak ayat kau malam ni. Entri kali ni cam best kan. Aku nak citer tentang henfon idaman. Laa da tajuk pun 'Henfon Idaman' takkan aku nak citer tentang keta ke rumah ke ape ape kan. Melalut la kau ni azie. Setelah beberapa tahun aku pakai henfon yang sama nak la jugak tukar citarasa kan. Bukan sebab muak ke rosak ke tapi kecanggihan membuatkan keinginan aku meluap luap. Cehh ayat mu memang takleh blah. HEH. Kadang kadang tu tengok fon orang sebelah "wah canggihnye blackberry atau nama popularnya BB". Tutt tutt keluarkan fon aku nak baca mesej ala malunya. Dengan fon bercalar balar keypad ntah hape corak. Tambah tambah orang tu tengok fon kita. Ala tau la fon canggih aku punya murah je. NGEH. So korang nak tau henfon idaman aku? Nak tau kena la belikan ye. Eh eh gurau je :)


Ni la henfon aku Nokia 2630. Murah je kan. Henfon ni aku first aku beli dengan duit sendiri. Tapi tak la semua ditambah tambah oleh abah kesayangan aku. Thanks abah. I LOVE YOU :)


Ni la henfon IDAMAN aku Blackberry Bold. Ada tak sape sape nak bagi kat aku. NGEH. 


Kalau tak dapat tadi ni pun boleh lah Nokia E5. HEHE.

p/s: Sedang mengumpul duit untuk beli henfon idaman. Tapi makin aku simpan makin kurang. Kenape ye? HAHA. Awak awak belikan lah saya henfon tu. Baru lah saya sayang awak lebih. Auwww. Eh tak lah gurau je awak. :)

PPUM oh PPUM

Assalamualaikum


Malam malam cenggini baru la aku dapat update segala macam citer yang ada di benak aku. Entri malam ni aku nak citer pasal PPUM. Apa itu PPUM? Ia adalah singkatan bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Apakah kaitannya dengan aku? Aku bukan lah pesakit jauh sekali pekerja di situ. Cehh da macam fakta pulak. HEH. Kan aku da citer sebelum nie abang aku sakit kena operation. Jadi beliau lah mangsanya. Kali ni kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini. Sebelum nie beliau dihantar ke sana atas sebab musabab yang sama. Gara gara futsal lutut beliau terbelah dua. *Tiba tiba teringat Mr M selalu main futsal. Hati hati ye awak. Saya sayang awak :). JIWANG LA KAU. Dah berbalik kepada abang aku, sebelum nie beliau da pun menjalani satu pembedahan. Tapi hari tu datang untuk checkup balik, doctor cakap dawai yang ikat lutut tu terbukak. Dengan tercengang cengang parents aku dengar. Yelah kan kalau nak kata jatuh tu memang tak la sebab memang dia dikawal rapi kat rumah tu. (UNTUNG KAU ABANG) .Dengan senangnya doctor tu cakap "Oh memang kadang kadang akan jadi camni". Wah senangnya kau cakap kan. Bukan kau yang sakit. Bukan kau yang kena bayar. Bukan kau yang tanggung semua ni. Nasib baik lah aku tak masuk dalam bilik rawatan tu kalau tak memang kena jelingan maut la kau. Sebab tu je yang mampu aku buat. HEHE. Tapi dek kerana abang aku dah macam tu kena ikut jugak la cakap dia kan. Mencik  la!! Ok fine la abang aku admitted kat sana gara gara kau nak buat operation kan. Pastu boleh lak kau delay operation dia. Ok aku paham jugak la nak bagi laluan pada kes yang serius. Cuma satu je yang aku mintak bagi la jawapan yang pasti. Kesian la beliau dah la kena puasa tak makan pape. Kang sakit lain lak datang.*Ya Allah jauhkanlah*. So kena tunggu la dia buat operation baru lega sikit hati aku. 


 Ni la adik aku. Sama tak muka kitorang? Tak kan sebab aku lagi cantik. HAHA. Perasan lebih la lu. Takde kaitan pun budak nie saje nak show off kan diri beliau. :)


Macam biasa la kan. Ni la dia penulis, pembebel, macam macam lagi la. Amacam comey tak. HAHA. ^_*

p/s : Apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Entri nie bukan merungut ke ape ke. Sekadar luahkan apa yang aku rasa. "Ya Allah kurangkanlah kesakitan abangku. Permudahkanlah dia untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Amin."

Saturday, 14 May 2011

Aku dan Rajuk

Assalamualaikum


Lama tak update blog ni. Rindu tak? Perasan kau azie. Bukan dah malas or taknak or seangkatan dengannya tapi masa tak mengizinkan aku berblogging ni. Cewahhh kemain kata pujangga kau kan.. Sebenarnya busy la dek abang kandung kesayangan aku masuk hospital. Oleh kerana aku tak ramai adik beradik and aku anak kedua so secara automatiknya tanggungjawab yang sulung turun kat aku. Eh eh ada tak mak pak sape sape nak ambik aku jadi menantu. Bertanggungjawab nie :).. Dahh cukup lari tajuk nie.


Kenapa daku buat tajuk entry cenggini?? Taktau teruskan membaca. HEH. Pompuan dan merajuk memang sinonim kan. Kalau salah tolong betulkan ye. Tapi bagi aku memang kuat merajuk. Kadang kadang benda kecik pun aku boleh merajuk. Tapi aku merajuk bukan saje saje. Kadang kadang saje je nak mintak orang pujuk. Serupa kau mintak orang penampar la azie. HEH. Yang selalu jadi mangsa for sure la Mr M. *Saya merajuk sebab nak manja dengan awak tau :). And lagi satu kerap didatangi oleh pompuan iaitu PMS. Ha masa ni memang jangan cari pasal la. Mood boleh hilang, muka yang buruk aku tarik bagi hodoh lagi. HAHA. Tapi tau je la kadang kadang tu pandai kau merajuk pandai la kau pujuk hati sendiri. Takde ke time aku merajuk orang hantar bunga ke coklat ke nak pujuk. HAHA. *Gedik lebih la kau azie. So dengan Mr M aku tak boleh nak tipu la. Memang dia akan tau kalau aku merajuk ke ape even dalam mesej. *Tu yang saya sayang awak lebih tu ;). Tapi kadang kadang memang dia saje je nak wat aku merajuk ke tarik muka ke ape. Saje nak buli orang kan awak. Mencik tau. hehe. tak la awak mana boleh benci buah hati pengarang jantung saya nie. 


So entri kali ni memang tentang rajuk. Tapi aku yakin lah memang kebanyakan mesti merajuk dengan insan tersayang kan. Kalau nak lebih info klik je SINI :)



Ni bukan merajuk tau. Ni yang berlaku bila gambar diambil secara curi :)


Ni pun bukan merajuk jugak. Ni muka layan perasaan. Perasaan apa? Aku pun tak tau. HAHA. Muka merajuk? Hanya 'dia' yang tau ^^

p/s: Nak tunggu satu hari bila Mr M berjaya pujuk aku. HAHA. Jangan marah ye awak. :)

Thursday, 12 May 2011

Its all about LOVE

Assalamualaikum
Malam malam nie hamba nak berjiwang jiwung ye. *boleh ke ayat macam tu. Belasah je la azie :)

There are many things about LOVE 

" Love is not finding someone to live with, It's finding someone
 you can't live without."

"Love can make you do things that you never thought possible".

" Do you ever put your arms out and spin and spin and spin?
Well that's what love is like. Everything around you tells you
to stop before you fall, but you just keep going. "

" Happiness is to love and to be loved. "

" Love is like heaven but hurts like hell. "

 Women are made to be loved, not understood. "

" Sometimes your mind doesn't want you to be in love, but deep
down, you know you are. "

" He holds me when i start to cry
Makes me smile with just his eyes
Shares my hopes, dreams, fears
He wipes away all my tears
I love him with no regret
I just haven't found him yet "

"Why is it when you love someone so much that you can never find
the right words to tell them?"

" Love is harsh at times, but it is the best thing in this
world. "

 "Love conquers all." 

  "To find love, you must first be willing to look for it."   

" True love doesn't have a happy ending, because true love never ends. "

"Love turns winter into summer."

"You call it Madness, but I call it Love"

There are many, many things to appreciate about a beautiful friendship -
especially when that friendship is turning to love."

"Love, an emotion so strong that you would give up everything, to just feel it once, to know that you are part of something special. To know that you can feel what love really is, to know, to feel, to love."

 "To love someone is to understand each other, to laugh together, to smile with your heart and to trust one another. One important thing is to let each other go if you can't do this."

You may conquer with the sword, But you are conquered by a kiss"

"If music be the food of love, play on"

"It is never too late to fall in love."

Love is like an hour glass, with the heart filling up as the brain empties."

"No man is worth your tears, and the one who is won't make you cry." 

"Where there is great love , there are always miracles"

Love is like a butterfly. It goes where it pleases and it pleases where it goes."

"Where there is love, there is life"

"At the touch of love everyone becomes a poet."

"Love is like a fire. Whether it is going to warm your hearth or burn
your house down, you'll never know"

 "To love is to receive a glimpse of heaven."

"The sweetest joy, the wildest woe is love"

"Some people care too much. I think it's called love."

"Love that is true lasts forever."

"Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own."

"You see your love with all their imperfections, yet know they are perfect for you."

"Mistakes are easier to live with when we know we're not alone."

"I thought I loved him, but he has to break my heart for me to know what
true love really is. "


 LOVE is a bridge between two hearts ;)

p/s : Its funny how someone can break your heart, but you still love them with all the little pieces ( Sudah lah azie ko pun sama =.=)

Monday, 9 May 2011

Hilangkan Stress Anda

Assalamualaikum


Morning abang abang adik adik sekalian hari ni kakak nak kongsi cara untuk hapuskan stress dalam hidup kita. Actually, stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Even orang kayo kayo yang ada duit berjuta juta pun stress taw. Siapa yang tak pernah stress dalam hidup ni? Wa tabik lu la. Tapi aku yakin semua orang mesti stress kan dalam sehari tu. Ada 2  jenis stress ini iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress  jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak  menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress  yang negatif boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan  diri. 


So kat sini kakak nak kongsi camne nak hilangkan stress korang tu and hidup bahagia.


1- Firstly, mulakan dengan mengawal pernafasan dengan tenang dan  tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas dalam hidup manusia sebab tanpa  pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara  yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan  jasad dengan secukupnya. Pejamkan
mata korang dan kosongkan fikiran.. tarik nafas  perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya  dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan  oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan korang mengatur  semula kehidupan.


2- Then, senyum dan aktifkan perasaan positif di minda. Macam iklan Hotlink tu *Aktifkan dirimu* :) Ini teknik kuasa  minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah  dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Korang perlu ubah  'mindset' daripada negatif kepada positif . So inilah masanya untuk korang senyum dan  yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar,  redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran  positif seperti ini membolehkan korang melangkah lebih jauh dalam mengatasi  apa jua masalah dalam hidup. 


3- Next, kenalpastilah punca masalah korang dan buat keputusan dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna  konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check - Action. Dengan perancangan yang  baik dalam mengatasi masalah korang sudah mampu untuk kembali ke arah  kejayaan.


4- Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur pun cara untuk hilangkan stress korang.  Kalau stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi korang bolehlah hilangkan dengan hobi yang dapat menenangkan perasaan korang. Macam aku ni kalau stress aku suka layan lagu. So dengan cara cmni aku bolehlah hilangkan stress tu. Korang gak boleh kongsi  masalah itu dengan orang yang terdekat yang memahami korang. Macam family, kawan baik, or ehem ehem korang ke. HEH. Kau takyah nak ehem ehem sangat la azie. (Macam aku kalau ade problem aku suka luahkan dekat bff or my Mr M :). Bukan la aku menidakkan family aku tapi kalau setakat remeh takyah lah kau kusutkan kepala orang azie. Tapi depends la kat diri sendiri kan)


5- Lastly, sebagai orang Islam, kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di  dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar  pada hambaNya. Kita sebagai orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W  serta mukjizat Al-Quran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin  muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita  akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan  segala yang diperintahkan. Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan  seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon dipermudahkan urusan serta  minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat. Wahh macam tak caya je aku cakap camni.
Sama sama lah kita renungkan dan SELAMAT BERAMAL :)


Senyum lah macam saya. Stress hilang bahagia menjelma :)

p/s : Stress gak ni nak cari keje. Ada sape sape boleh bagi saya keje? *Merayu nih. :D

Saturday, 7 May 2011

Seharian bersama Mr M

Assalamualaikum


Oleh sebab dah lama tak update blog malam ni keinginan untuk menulis membuak buak. (mengancam u ols). Best tak tajuk entri kali ni. Tak best? Ok takpe kena baca jugak. HEH. Pertemuan ni dirancang oleh aku dan Mr M hasil dari rindu yang mendalam. Wahhh sedap ayat aku. HEHE. Pada asalnya pagi tu nak pergi kolej teman kawan baik. Pagi tu dia cakap tak jadi then ajak la aku makan kat kawasan rumah aku. Yela takkan kat rumah korang lak kan. Dah azie jangan melalut. So lepas makan tu aku teman dia g cc jap sebab dia ada keje nak buat. Dah alang alang ke cc kan aku pun on9 je la. Tapi cc kat situ tak best sangat sebab banyak budak budak je pergi. Macam aku dewasa sangat kan! Tapi memang terpaksa jugak lah pagi pagi ko nak redah masuk cc. Mana yang bukak kan. So jangan nak komplen sangat ye! Then dalam 11lebih kawan aku nak menggerakkan diri balik ke rumah. So takkan la aku nak mencongok je kan. Aku ambik handphone pergi kat phonebook and search nama Mr M. Then say tekan butang hijau sambil meletakkan handphone ke cuping telinga. (Detail aku bagi ni). Sekali dua kali tiga kali tak angkat. Ah sudah! Awak jangan lah buat saya macam ni saya boring tercongok kat sini awak. Berkat kesabaran Mr M angkat call aku. Dengan suara yang bersalah ditambah dengan soalan bodoh "Tengah tidor ek?". La da terang lagi bersuluh kan suara baru bangun. Kesian awak kan tengah syok tidor saya kacau suruh awak datang kat saya. Saya hargai usaha awak tu. Tak pernah orang buat apa yang awak buat kat saya (TERHARU).  Then macam biasa saya tahu awak bangun tidor mesti lapar kan. So aku dan Mr M pergi la mengisi perut yang da berkeroncong ni. And aku pergi tempat yang da lama aku tak pergi. TAMAN TASIK TITIWANGSA. Aku suka pergi sini. Bila kat sini aku rasa aman. Thanks awak kenalkan tempat ni dengan saya. Aku ni nama je duduk KL dari lahir macam macam tempat kat KL ni aku tak pernah pergi lagi. Kuno kan.. 



I know i don't tell you often enough how much u mean to me. But my HEART reminds me all the time.


I don't care who u are. where u from. what u did. As long as u love me.



p/s : I love you. You're my love dream.. You're my sweetheart.. You're my life.. I do LOVE you. :)

Berakhir Sudah

Assalamualaikum



Suspens x tajuk entri kali ni. Suspens x. Kalau suspens buat la muka terkejut kalau tak sila abaikan. Ok adik adik abang abang kakak kakak kali nie aku nak citer tentang sesuatu. Mesti tertanya tanya kan ape yang berakhir. Ye betol la tu awak awak semua segalanya cukup sampai di sini. Sobs sobs. Antara kita berakhir sampai di sini. Ok sila jangan percaya! HEH. Ok azie serious la. Actually ape yang aku nak citerkan yang aku dah habis study. Yeay clap your hand everybody! :). Tapi kan sedih pulak rasa bila dah habis study nie. Dulu time study kau sibuk sangat nak habis nie rasa macam nak sambung balik pulak. Gedik sangat la kau azie. Sobs sobs. Awak semua jangan lah marah kite. Korang pun mesti rasa benda yang sama kan dulu. Yela bila benda dah sebati dengan kita susah kita nak lupakan kan. Sudah azie jangan nak madah kat sini.
Nak taw ke kita belajar kat mana. Kite kan study kat SEGi College KL. Eeuuww GELI. Kalau aku cakap SEGi mesti korang ingat aku ambik nursing kan. Eeuww please lah.. Bukan aku mengada ngada ke ape (sememangnya kau begitu. HEH) tapi aku TENSION dari aku mula study kat situ sampai la aku dah habis ni kalau aku cakap study kat sini je mesti orang ingat aku ambik course nursing. TENSION TAHU! *Garang tak. Kat situ aku ambik course Pengurusan Sumber Manusia atau dalam omputihnya Human Resource Management. Wah class u ols :)

Berikut adalah segala aktiviti aku di kolej KESAYANGAN (macam pengumuman u ols. HEH )


 Ni la budak budak batch aku. Pada mulanya ada 7 orang tapi atas sebab kesulitan yang tak dapat dielakkan tinggal la kami berlima. PEREMPUAN jugak rajin kan. :)


As usual tak lengkap la kalau tak bergambar dengan kawan baik kan merangkap tulang belakang dalam hidup aku :)


Time ni da tamat lah pengajian kami di sini. Saje jauh jauh konon diva la. Please lah azie. :D


Ni la lecturer kesayangan kami. Memang funny giler lec ni. :)




Aku seperti biasa la kan. Model SEGi. HAHA.

p/s: Kepada owner SEGi, saya nak masuk keje sini boleh tak. Sebab saya tak mampu nak tinggalkan SEGi. Wahhh ayat ko meletop! :)






Sunday, 1 May 2011

Weekend yang malas

Assalamualaikum

Firstly, saya nak ucapkan "Selamat Hari Pekerja or dalam omputihnye Labour's Day" *sopan lak ko ek azie. Ok berkenaan dengan tajuk entri kat atas nak citer tentang weekend saya. Actually aku ni hari-hari pun malas. Kan azie kan? Eh tak la hari biasa aku busy taw. Dah macam orang keje. Pergi pagi balik da malam. Padahal dok buat pe ntah kat kolej tu. Ok da lari tajuk ni. Biar lah aku punya citer kan! Seperti semua orang weekend ni la jadi hari untuk bermalas-malasan setelah 5 hari busy dengan rutin harian korang. Macam tu jugak dengan aku. Tapi aku tak la sampai bangun tengahari. Pagi-pagi memang kena bangun kalau tak memang kena cop la 'anak dara malas, takde sape nak amik kau jadi wife n bla bla bla". Eleh kalau takde sape nak takde orang gilakan aku taw. HEHE. Tapi pape pun ape yang mak kita cakap tu betol. Walaupun kita tak suka kita kena dengar taw. Kan ke 'SYURGA BAWAH TAPAK KAKI IBU'. Ngeh bersyarah lak kau azie. Dengan lagak sebagai YB then aku pergi ke pasar pagi. (Pilihan mak mertua ni) :). Next aku singgah ke rumah pakcik aku. Sebab ape?? Sebab anak dia merangkap sepupu aku akan bernikah next week. So takkan lah tak jenguk tunjuk muka aku yang perasan cantik ni kan. HEH. Setelah lama-lama kat rumah pakcik aku sampai orang pun muak tengok muka kau da azie, aku pun balik. And mula la aku meng'update blog dengan ayat yang bersepah-sepah. 
Ni lah muka gedik. Da kau memang gedik la azie. :D

Ni pulak muka BAHAGIA. Sepatutnya nak letak kat entri semalam tapi oleh kerana aral melintang sebab tak mengizinkan so letak la hari nie. Bahagia kan saya? :D
 
p/s: Mr M balik dari Cherating hari ni. Rindu dia sangat-sangat. Hati-hati ye awak bawak motor tu. Ingatlah orang tersayang termasuk saya. :))