Assalamualaikum..
Adehh lama giler rasa kan tak update blog nie. Kalau blog nie ada feeling confirm merajuk dengan aku nie. Kan blog kan~ Tak sah lah kalau tak melalut kan. Haiishh~ Kita busy la awak sebab tuh kita tak boleh update awak. So bila mood dah sampai nie memang 1001 lah benda nak cerita kan. Mai sini bukak mata lebar lebar perhatikan satu satu ayat chek nak tulih nie. Wahhh tetiba je kan. Ni nak cerita pasai ape chek dah lama tak update blog:
Firstly, untuk pengetahuan awak awak semua saya sekarang dah bekerjaya. Auuwww blushing* padahal takde kaitan pun kan. Macam ala ala praktikal jugak lah 6 bulan je. Keje pun ok bahagian HR so memang related lah dengan ape yang aku study. Tapi syukur lah at least ada jugak duit masuk kan and masa pun terisi jugak lah. Nak tau kat mane. Kat HSBC masjid jamek. HQ dia la tu. Kelasss kauuu~ Then memang takde masa lah kan nak online pe semua sebab kat tempat keje daku pun bukannya boleh online.
Second, disebabkan gangguan yang sedari dulu mematahkan mood aku. Biasalah broadband nie pun lagaknya macam orang jugak. Adakala up and adakala down. Haishhh ape pon tak boleh. So bila mood kita datang dengan idea yang mencurah curah boleh pulak dia buat hal. Then bila mood tengah down laju pulak dia mengalahkan ERL kan. So memang takde jodoh lah. BHAHA *tetiba
Rasanya sempat lagi kot nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada umat Islam di seluruh dunia. Tinggal seminggu je lagi nak puasa kan. Puasa tahun nie tak rasa pun tau tau nak habis je. And bersyukur sangat sebab puasa tahun ni aku kembali seperti aku yang dulu. Takde benda nak sedih sedih nie. Dah penat u all. Cukup lah kalau diikutkan nak jadi macam budak budak balik takde pening pening kepala nak pikir 1001 benda walaupun yang hal remeh temeh. HAHA. -.-
Muka riang ria di satu pagi nak pergi keje. -.-
p/s: Mood puasa pun dah okay. Takde dah trauma trauma macam tahun lepas. Dah boleh makan banyak banyak berbanding two last year yang berbuka pun kekadang minum air je. Frust punya pasal kan. Ecehh mintak simpati lah konon. It is because of someone. Sincerely, he's the one of the best thing that happened in my life. xoxo.