Saturday 30 April 2011

Menyeru kebahagiaan

Assalamualaikum..

Mari mari pakcik pakcik makcik makcik rapat rapat. Saya mau kongsi ini satu tips. Awak semua mesti nak rasa bahagia kan. Walaupun adakala kebahagiaan tu kadangkala hanya sementara. Kita semua berhak merasa bahagia. So untuk entri hari ni aku nak kongsi syarat penting untuk kita gapai kebahagiaan. *macam kuch kuch hota hai la kau azie. NGEH.

1. Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain
Selalunya dalam percintaan kebanyakan orang akan sanggup ketepikan kebahagiaan sendiri      demi insan tersayang. Konon konon romeo and juliet kan. Ni lah silap besar korang. Kalau korang sendiri tak belajar sayang diri korang macamane orang lain nak sayang. So pastikan korang sayang diri korang dulu sebelum sayang orang lain.(at least kalau putus tak la korang tunggang terbalik). HEH.

2. Punya pendirian yang tetap
Kalau korang bercinta mesti ada sifat ni. Adakala dalam percintaan si perempuan akan ikut cara yang lelaki suka walaupun tanpa kerelaan hati. Konon konon nak amik hati la. Kalau hati korang da taknak nak ikut buat ape. Habaq sat! Hipokrit namanya tu. Paham!! So bila da takde pendirian tu yang hidup korang senang dikongkong. Lepas tu mula la korang rasa rimas bla bla bla. Kan?!

3. Bahagikan hidup dengan aktiviti lain
Ni la selalu berlaku. Bila korang da ade someone korang akan lupa benda lain even KAWAN BAIK korang sendiri kan. Lepas tu ape yang selalu korang buat mesti stop semata-mata nak habiskan masa dengan si dia. Bila da frust baru la nak tertonggeng ape semua kan. Masa tu baru la nak cari kawan korang balik. Konon konon dia la kawan sejati korang. Time korang berbunga bunga ade korang fikir pasal KAWAN?? Ado? Hei come on la. Sehari ade 24 jam kan. Takkan nak mengadap muka bf/gf korang 24 jam kan. Divide la masa korang sebaik mungkin sebelum korang MENYESAL nanti. ^^

4. Berkorban biarlah berpada pada
Yang last ni pun penting gak. Pada yang bercinta tu nak berkorban biarlah agak-agak. Jangan la nak letak diri korang serendahnya semata-mata untuk si dia. Hidup ni perlu seimbang. Kalau korang nak dia bahagia so korang pun ada hak untuk rasa yang sama. 

Lagi satu ni baru time BERCINTA. Memang la nampak berbunga je kan. Da kawin nanti ade nak buat camni. Ado? InsyaAllah kalau ditakdirkan aku kawin nanti aku akan tempatkan SUAMI di tempat pertama dalam hidup aku. HEHE. "Awak jangan risau andai kita ditakdirkan bersama nanti saya hargai awak macamane awak hargai saya dalam hidup awak ye. HEH. *Berangan ko kan. Biar lah! :D

p/s: Nak letak gambar tapi server problem. Kalau tak boleh tengok muka bahagia aku. Meletop nok! Auuuww~

Thursday 28 April 2011

Jika anda putus cinta

Cinta tak selalunya berakhir dengan kebahagiaan kan. Adakala cinta yang kita harapkan putus kat tengah jalan. Bukan tepi tau. Apa yang ko merepek ni azie? So korang nak tau ape patut buat kalau korang di situasi ni.

Anggap dia tidak pernah wujud
Perkara pertama yang korang patut buat ialah berenti berlakon bahawa dia masih lagi milik korang. Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan korang akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. So anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup korang.

Tutup buku 
Then korang tutup rapat serapat rapatnya setiap perkara yang pernah korang dan dia lakukan jika korang betol-betol nak putus engan dia. Korang mesti ingat korang nak tamatkan semuanya. Korang mungkin sudah bertemu orang lain dan dia juga sama. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan korang putus. *Takut perasaan cintan cintun tu still ada

Jangan hubunginya lagi
Bila korang da ambil keputusan tamatkan sebuah perhubungan, ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi. Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk korang lupakannya.Buang semua nombor telefonnya, jangan sesekali SMS atau bertanya tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya. Biarkan masa berlalu mengikut takdir.

Sibukkan diri
Tanpa teman istimewa, korang mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri. Korang boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging. Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini korang dapat melupakan dia dengan lebih cepat. 

Lupakan semuanya
Bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun korang perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya. Membuang semua memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri, sampai bila korang harus berkeadaan begitu. Mengapa korang harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat korang merana mengenangkannya. Belajarlah menjadi orang yang kuat. Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati.

Jauhi kawan-kawannya
Jika korang serius mahu melupakannya, korang perlukan pengorbanan. Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus korang lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar tentang dirinya kerana korang akan mahu ambil  tahu banyak perkara. Korang juga perlu jauhi tempat-tempat yang biasa korang pergi bersamanya.

Jangan ambil barang-barang
Apabila dah maju ke hadapan, jangan sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi. Apabila korang mula menoleh,korang akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa saja barangan yang pernah bagi kat dia, jangan sesekali ambil kerana ia akan mengingatkan lagi korang kepadanya. Lebih membuat sakit hati jika barang-barang yang korang beri itu mahal harganya yang membuatkan poket rabak ketika membelinya.

Keluar bersama kawan-kawan
Kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma, sudah tentu kita tidak akan berasa sangat kuat untuk menghadapinya. Justeru itu, keluarlah bersama kawan-kawan korang. Habiskan banyak masa bersama mereka. Ia satu terapi yang paling baik untuk lupakan dirinya.

Pergi bersukan
Bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang berasa kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana korang akan mudah tertidur pada malam harinya dan korang tidak punya masa berangan lagi tentang bekas kekasih.

Selalulah ingati perkara buruk tentangnya
Cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya. Namun kalau hati sudah sakit, semuanya jadi benci. Satu perkara yang harus lakukan ialah mengingati sesuatu yang buruk pernah terjadi antara korang dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan korang benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan, nanti korang juga yang sakit menanggung rindu.

So ni la tips kalau korang patah hati bagai sume. Macam aku memang susah nak lupa orang yang kita sayang kan. Tapi InsyaAllah kalau korang betol-betol usaha mesti boleh. Macam aku pegang je prinsip ni "kalau kita betol-betol sayang kat orang tu, lepaskan dia pergi. kalau dia balik kat kita memang dia la jodoh kita. kalau tak bukan dia la ditakdirkan untuk kita". 

p/s: Hargai lah orang yang kita sayang. Sebelum orang tu hilang dari hidup kita. Entri atas ni takde kaitan pun. Cuma saje nak share tips. *Gedik ko azie mcm pakar cinta konon kan. haha. Ada aku kisah? :D

Harus la kan bergambar ni. :D
Memang hobi pantang nampak camera.
:)

Wednesday 27 April 2011

Kerinduan yang terubat

Assalamualaikum


Hari nie update entri awal-awal pagi. Jeles tak? Tak? Ok tak heran. Macam biasa nak citer tentang tajuk entri kat atas. Mesti jelik kan. Kan kan kan? Macam kau sorang la ada bf azie. Macam kau sorang la g dating kan. Haha. Takpe aku nak citer gak. Sape tak nak tau tutup telinga. Takde kaitan kan. Tutup mata la. :D


Setelah hampir sebulan memendam rasa rindu yang mendalam (Cehh.. gedik la ayat ko azie), aku dan Mr M keluar menghabiskan masa bersama. Nape daku gelarkan si dia Mr M. Biar lah rahsia ye. Marah?? Jangan lah. Baca la sampai habis. :) . Aku dan Mr M keluar pergi ke TS. Tak taw TS tu ape? (ketok dahi). TS tu Times Square la awak-awak semua. ^^. Kami pergi tengok wayang PENUNGGU ISTANA. Ingatkan macam citer-citer hantu tu. Rupa-rupanya macam ala-ala SEEKERS. Tapi papepun suspens jugak la. *Aku pun memang takut citer suspens nie. Memang tangan Mr M la jadi mangsa. (PADAHAL SAJE NAK AMBIK KESEMPATAN KAN KAU). Haha. Takdela aku kan baik.( MUNTAH). Then, oleh kerana citer tu habis cepat dan masa banyak lagi kami pun main bowling. Kesian dia selalu dia la CHAMPION. Tapi jari Mr M fracture so tak boleh la main sangat. Takpe nanti jari awak da ok kita main lagi ye. Korang nak ikot? Jom. :)


Oleh kerana langit da menandakan hari nak hujan (AYAT SKEMA), aku dan Mr M pun balik je lepak kat kedai makan area rumah. (walaupun niat di hati msih mau jalan). Gedik la kau orang bagi betis nak paha. Eh ape main betis paha lak nie? Dah dah jangan bergaduh. Tapi memang happy sangat. Mr M pun aku tengok cam HYPERACTIVE semacam je. Hehe awak jangan marah ye. Saya happy tengok awak happy. Otak pun da takde idea. Hujan pun bakal turun. Jadi aku berhenti dulu. Daa~~


p/s: Nanti Mr M nak g Cherating. (Bawak saya balik ape-ape ye. Kalau tak takmo kawan. Ugut nie. haha)

Tuesday 26 April 2011

Kesayangan ku

Assalamualaikum..

30 Jun 2010~ 




Saya akan ingat tarikh ni sampai bila-bila. Tarikh ni lah birthday saya dan tarikh ni jugak yang awak mula contact saya kan kan. Jangan tak mengaku dosa nanti. Saya ingat lagi time tu saya baru balik dari klas, saya jumpa kawan sekolah saya yang kebetulan kawan awak jugak. Kitorang tanya khabar then hati saya tergerak untuk tanya pasal awak. Takde la saya pelik nape kawan sekolah saya semua kawan dengan awak. Tapi dia tak cakap pun dia senyum je pelik kan. Rupanya malam tu awak mesej saya. Sejak tu la kita kawan kan awak. Tapi kita contact je tak penah jumpa pun walaupun banyak kali awak ajak. *bukan saya saje taknak tapi saya memang camtu tak semua orang saya boleh jumpa. Ah konon diva la tu. :D




Pastu baru saya ada keberanian jumpa dengan awak. Masa tu musim World Cup kan awak. Kita betting pasukan sape kalah kena belanja makan. Takdir sebelahi saya :) . Saya bukan serius pun tapi awak tak anggap macam tu. *HAHA GEDIK padahal dalam hati melonjak ada orang nak belanja makan. Start hari tu kita asyik jumpa kan. Ada something yang buat saya jatuh cinta kat awak masa tu. Sampai sekarang awak tak tau. :). Saya bahagia sangat awak. Mungkin awak bukan cinta pertama saya tapi awak buat sesuatu yang orang lain tak pernah buat sebelum nie. Mungkin belum cukup lama tapi kehadiran awak membahagiakan saya. (JIWANG LEBIH LA LU MALAM NIE AZIE) . Dah lah baik aku stop sampai sini sebelum korang muntah darah. Nak muntah? Jangan aku da stop. :))



Ni la cinta hati saya. :) en bf. 
"takkan saya berhenti mencintai awak sptmana jarum jam yang tak pernah berhenti memburu masa" 
Ceh ceh konon sangat la tu. :D


Ni la kami yang tengah hangat bercinta. Hangat ke? Tak la sejuk je malam ni. Haha. Sepadan tak? Ape tak?? Takmo kawan. Eh eh gurau la korang kita kan suka gedik gedik* 



Gedik kan edit pic camni. Konon pasangan bahagia la tu. Kan kan kan? Haha. Suka aku la.:D

p/s: Ya Allah ya Tuhanku, andainya dia ditakdirkan untukku satukanlah hatiku dgn hatinya. Peliharalah dan rahmatilah hubungan kami. Berilah kebahagiaan yg berpanjangan. Titipkan lah rasa cinta antara kami hingga ke akhir hayat kami. Tapi andainya dia bukan jodohku, tabahkan lah hati kami untuk menerimanya. Kurniakanlah insan yang lebih baik kepadanya. Yang mampu membahagiakan dia. Amin :)

"Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya" :)) 


Sunday 24 April 2011

Tulang belakang aku :)

Ehem² hai. Eh eh assalamualaikum! Ha ikut adat la azie. Jangan perasan nak moden ok. Kekalkan tatasusila. Ok ok malas nak celoteh banyak. Seperti tajuk entri di atas, aku nak citer orang² di sebalik hidup aku. First of all, mesti lah family aku kan. FAMILY IS MY PRIORITY. Haha. blah lah azie nak speaking konon. Dulu time cikgu ajar kat sekolah selalu ponteng klas. Dah jangan melalut. So the second is MY BELOVED FRIENDS. Sahabat tu penting dalam hidup aku. Selain family, kalau ada problem sahabat la yang aku cari. Kawan dicari ramai tapi sahabat sejati susah. Korang nak tau perbezaan antara kawan dgn sahabat? Nak tak? Meh la dekat sikit. Laa ejaan la yang lain. haha. Marah?? Jangan la cepat tua nanti. :). Takde la nanti aku buat entri lain khas tentang nie ye. Now, aku nak tunjuk dulu wajah-wajah kesayangan hamba. Cewahhh. Gedik lebih la kau azie. Papepun layannn~~


Ni la dia kawan baik aka bff aku. Cun tak?? Cun? Tgk la kawan dia kan. haha. Gedik lagi la kau azie. Nama dia err..err. tanya la dia sendiri. haha. Ni la kawan time susah and senang aku. Kitorang kawan since 2005. Time zaman sekolah hingus leleh dulu. haha. Tak caya?? Tunggu jap..


Ha! Ha! Baru nak percaya kan. Tanak kawan la macam ni. Eh eh tak la gurau je. Ni la gambar masa sekolah. Muka calon SPM 2006. ^^


Time ni kitorang g TS. Tau x ape? Times Square la awak. :). Yang sebelah tu pun kawan baik saya jugak. Nama dia?? Ermm.. Macam biasa tanya la dia. hehe.






So ini lah tulang belakang saya @ bff @ best friend forever saya. I love them. They give me something precious in my life. OUR FRIENDSHIP. :)



Kisah Empunya Diri

Assalamualaikum !  Hai i'm new blogger. Sebelum nie memang ada blog tapi tak aktif sangat pun. Mengarut je lebih. haha. :D. So kali nie saya nak mengaktifkan diri dengan blog nie sebab tengok orang punya blog macam best je. haha. *alasan orang jeles kan* blah la azie. Tapi tak berapa pandai lagi la dalam alam 'memblog' nie. haha. mengarut sudah. So sape² yang sudi ajar silakan ye! Sekian terima kasih. haha. Ape² pun jom tengok wajah empunya diri. :) Layan~ (ala melodi)


Ni la Azie @ tuan empunya blog nie. Nak lagi ke?? Tunggu jap ye. huk3 *batuk jap :D


Alamak lu kacau la gua tengah nak minum nie. Haha. Kan da kena marah. Ni pun aku gak. 
p/s: Abaikan nama tu ye. Saje menggedik je macam ko sorang je ada bf kan azie. So ada? Ada aku kisah ke?? Haha. :D