There was an error in this gadget

Sunday, 22 January 2012

Masih adakah peluang kedua?

Assalamualaikum para bloggers. Dah lama tak update blog ni. Kalau blog ni ada feeling mesti dah lama dia merajuk. Ala awak kita bukan sengaja taknak sentuh awak. Tapi kita busy sangat sangat. Awak mesti faham kita kan. Sebab dah takde orang yang faham kita :'(

Dah masuk tahun baru dah. Umur pun dah semakin meningkat. Dah nak masuk tahun ke2 dah kita kan awak (Mr M). Memang saya happy sangat hidup dengan awak. Macam saya pernah cakap takde siapa lagi yang pernah buat saya rasa macam nie melainkan awak. Dan kisah semalam... Awak, saya rasa pedih sangat semalam. Dan saya tertanya tanya kenapa awak sampai macam tu sekali. Sebab saya childish ke? Or sebab kita pergi rumah ex saya hari tu? Awak, saya ajak awak pergi rumah dia hari tu takde tujuan lain melainkan nak ambil barang tu je. Takde kena mengena langsung pasal dia. LANGSUNG TAK. Tapi memang silap saya pun kan. Saya tak fikir perasaan awak. Kalau saya jadi tempat awak pun saya akan mengamuk kan. Awak, saya mintak maaf banyak banyak kat awak. Saya selalu sakitkan hati awak. Tapi awak tetap sabar dengan saya. Terima kasih atas kesabaran itu awak. Awak, kalau lah awak tahu saat ni saya sangat sangat RINDUKAN awak. Dalam hati saya ada seorang je iaitu awak MOHD KHAIROL AZZUAN. Dan saya nak awak tahu saya diam nie bukan sebab saya benci awak tapi saya taknak ganggu awak. Saya taknak kehadiran saya buat hati awak sakit walaupun jiwa saya sakit nak contact awak. Awak, saya mintak maaf. Jaga diri awak elok elok. Saya tetap sayangkan awak. Ingat lagi kan saya takkan pernah berhenti mencintai awak sepertimana jarum jam yang tak pernah berhenti memburu masa. :)



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

p/s : I need you baby. I wish you were here right now. :(