Saturday, 2 July 2011

SEKALI LAGI | Cinta itu milik kita


Assalamualaikum..
Alhamdulillah sebab masih merasa HARI INI :). Terasa diri dah semakin tua. Padahal umur baru 22 tapi orang dok sibuk tanya bila lagi (kawin). Bila ape lagi makcik makcik oooiii.. Kalau ada nanti saya jemput la yee.. Tau korang nak makan free kan. HAHA.


Moh kita flashback~





Bahagia kan senyuman tu. Konon la kan. Entri kali ni bukan nak cerita tentang filem lakonan Shaheizy Sam dengan Lisa Surihani yang akan ditayangkan hari ini. Tapi cerita tentang KISAH AKU. Macam yang aku cerita dulu tarikh 30 JUN aka sempena birthday aku sendiri aku telah ditakdirkan untuk berkenalan dengan seseorang yang telah menjadi PEMILIK HATI aku sekarang nie. HEH. Kalau lupa tekan lah SINI :)



Jeng jeng jeng dipersilakan my Mr M aka cinta hati saya. Ehem ehem comelkan ;). Awak, awak ingat lagi tak tarikh nie. Tiba tiba awak mesej saya kan. Tapi kan sebenarnya saya dah dapat agak awak siapa. Lepas tu saya terus call awak (sebab dapat call free. NGEH). Saya pun tak sangka boleh terus call awak camtu. Saya terus tanya awak macam macam kan. Dalam hati geram giler sebab orang main bagi je nombor saya. Memang pantang bagi saya. Segala yang berlaku ada hikmah kan. Mulai dari hari tu kita terus contact kan awak. Saya pun tak tau kenapa saya terus contact awak sedangkan saya ada seseorang waktu tu. Kawan kawan saya pun marah saya sebab contact dengan awak. Tapi saya senyum je. Saya cakap jangan risau kita kawan je. Lagipun saya anggap awak abang saya waktu tu and mungkin jugak awak anggap saya sekadar adik je :)). Last last awak memang betol ‘abang’ saya kan. NGEH NGEH. Waktu tu boleh kata tiap tiap hari kita contact kan tapi tak penah jumpa lagi. Saya rasa happy sangat sebab pada 3O JUN la bermula segala bagi kita :). Memang manis sangat waktu tu kan awak.

"Thanks awak sebab hadir dalam hidup saya sekarang. Thanks jugak to Nazrul Azizam aka Bear sebab bagi nombor aku walaupun aku tak rela. HEH."      
p/s: Ikutkan perancangan nak post tepat pada tarikh nie iaitu 30 Jun. Tapi semua salah broadband nie. Tapi fikir fikir balik "KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG TENTUKAN. MESTI ADA HIKMAH" :) 

No comments:

Post a Comment