There was an error in this gadget

Tuesday, 26 April 2011

Kesayangan ku

Assalamualaikum..

30 Jun 2010~ 




Saya akan ingat tarikh ni sampai bila-bila. Tarikh ni lah birthday saya dan tarikh ni jugak yang awak mula contact saya kan kan. Jangan tak mengaku dosa nanti. Saya ingat lagi time tu saya baru balik dari klas, saya jumpa kawan sekolah saya yang kebetulan kawan awak jugak. Kitorang tanya khabar then hati saya tergerak untuk tanya pasal awak. Takde la saya pelik nape kawan sekolah saya semua kawan dengan awak. Tapi dia tak cakap pun dia senyum je pelik kan. Rupanya malam tu awak mesej saya. Sejak tu la kita kawan kan awak. Tapi kita contact je tak penah jumpa pun walaupun banyak kali awak ajak. *bukan saya saje taknak tapi saya memang camtu tak semua orang saya boleh jumpa. Ah konon diva la tu. :D




Pastu baru saya ada keberanian jumpa dengan awak. Masa tu musim World Cup kan awak. Kita betting pasukan sape kalah kena belanja makan. Takdir sebelahi saya :) . Saya bukan serius pun tapi awak tak anggap macam tu. *HAHA GEDIK padahal dalam hati melonjak ada orang nak belanja makan. Start hari tu kita asyik jumpa kan. Ada something yang buat saya jatuh cinta kat awak masa tu. Sampai sekarang awak tak tau. :). Saya bahagia sangat awak. Mungkin awak bukan cinta pertama saya tapi awak buat sesuatu yang orang lain tak pernah buat sebelum nie. Mungkin belum cukup lama tapi kehadiran awak membahagiakan saya. (JIWANG LEBIH LA LU MALAM NIE AZIE) . Dah lah baik aku stop sampai sini sebelum korang muntah darah. Nak muntah? Jangan aku da stop. :))



Ni la cinta hati saya. :) en bf. 
"takkan saya berhenti mencintai awak sptmana jarum jam yang tak pernah berhenti memburu masa" 
Ceh ceh konon sangat la tu. :D


Ni la kami yang tengah hangat bercinta. Hangat ke? Tak la sejuk je malam ni. Haha. Sepadan tak? Ape tak?? Takmo kawan. Eh eh gurau la korang kita kan suka gedik gedik* 



Gedik kan edit pic camni. Konon pasangan bahagia la tu. Kan kan kan? Haha. Suka aku la.:D

p/s: Ya Allah ya Tuhanku, andainya dia ditakdirkan untukku satukanlah hatiku dgn hatinya. Peliharalah dan rahmatilah hubungan kami. Berilah kebahagiaan yg berpanjangan. Titipkan lah rasa cinta antara kami hingga ke akhir hayat kami. Tapi andainya dia bukan jodohku, tabahkan lah hati kami untuk menerimanya. Kurniakanlah insan yang lebih baik kepadanya. Yang mampu membahagiakan dia. Amin :)

"Kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya" :)) 


No comments:

Post a Comment