Cinta tak selalunya berakhir dengan kebahagiaan kan. Adakala cinta yang kita harapkan putus kat tengah jalan. Bukan tepi tau. Apa yang ko merepek ni azie? So korang nak tau ape patut buat kalau korang di situasi ni.
Anggap dia tidak pernah wujud
Perkara pertama yang korang patut buat ialah berenti berlakon bahawa dia masih lagi milik korang. Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan korang akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenangkan setiap perbuatannya. So anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup korang.
Tutup buku
Then korang tutup rapat serapat rapatnya setiap perkara yang pernah korang dan dia lakukan jika korang betol-betol nak putus engan dia. Korang mesti ingat korang nak tamatkan semuanya. Korang mungkin sudah bertemu orang lain dan dia juga sama. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan korang putus. *Takut perasaan cintan cintun tu still ada
Jangan hubunginya lagi
Bila korang da ambil keputusan tamatkan sebuah perhubungan, ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi. Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk korang lupakannya.Buang semua nombor telefonnya, jangan sesekali SMS atau bertanya tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya. Biarkan masa berlalu mengikut takdir.
Sibukkan diri
Tanpa teman istimewa, korang mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri. Korang boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging. Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini korang dapat melupakan dia dengan lebih cepat.
Lupakan semuanya
Bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun korang perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya. Membuang semua memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri, sampai bila korang harus berkeadaan begitu. Mengapa korang harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat korang merana mengenangkannya. Belajarlah menjadi orang yang kuat. Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati.
Jauhi kawan-kawannya
Jika korang serius mahu melupakannya, korang perlukan pengorbanan. Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus korang lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar tentang dirinya kerana korang akan mahu ambil tahu banyak perkara. Korang juga perlu jauhi tempat-tempat yang biasa korang pergi bersamanya.
Jangan ambil barang-barang
Apabila dah maju ke hadapan, jangan sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi. Apabila korang mula menoleh,korang akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa saja barangan yang pernah bagi kat dia, jangan sesekali ambil kerana ia akan mengingatkan lagi korang kepadanya. Lebih membuat sakit hati jika barang-barang yang korang beri itu mahal harganya yang membuatkan poket rabak ketika membelinya.
Keluar bersama kawan-kawan
Kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan. Apabila kenangan datang menjelma, sudah tentu kita tidak akan berasa sangat kuat untuk menghadapinya. Justeru itu, keluarlah bersama kawan-kawan korang. Habiskan banyak masa bersama mereka. Ia satu terapi yang paling baik untuk lupakan dirinya.
Pergi bersukan
Bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang berasa kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana korang akan mudah tertidur pada malam harinya dan korang tidak punya masa berangan lagi tentang bekas kekasih.
Selalulah ingati perkara buruk tentangnya
Cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya. Namun kalau hati sudah sakit, semuanya jadi benci. Satu perkara yang harus lakukan ialah mengingati sesuatu yang buruk pernah terjadi antara korang dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan korang benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan, nanti korang juga yang sakit menanggung rindu.
So ni la tips kalau korang patah hati bagai sume. Macam aku memang susah nak lupa orang yang kita sayang kan. Tapi InsyaAllah kalau korang betol-betol usaha mesti boleh. Macam aku pegang je prinsip ni "kalau kita betol-betol sayang kat orang tu, lepaskan dia pergi. kalau dia balik kat kita memang dia la jodoh kita. kalau tak bukan dia la ditakdirkan untuk kita".
p/s: Hargai lah orang yang kita sayang. Sebelum orang tu hilang dari hidup kita. Entri atas ni takde kaitan pun. Cuma saje nak share tips. *Gedik ko azie mcm pakar cinta konon kan. haha. Ada aku kisah? :D
Harus la kan bergambar ni. :D
Memang hobi pantang nampak camera.
:)
waahhhh dh mcm ahli motivasilh..hhehehe nice2.....
ReplyDeleteHehe. ape yg aku tau la ni. :)
ReplyDelete