Wednesday, 29 June 2011

Berjalan merewang | Girls only

Assalamualaikum


Huargggh (bunyi menguap). Hisy hisy anak dara apa nie. Kalau mak mentua lalu confirm tak mengaku menantu nie. HEH. Ok berbalik ke tajuk entri macam best kan. Citernya dah lama tapi baru update hari nie. Ape kes. 



Semalam aku diajak oleh teman teman aku Fuza dan Ruhana pergi ke CM. So dengan excited ni cari baju cantik cantik nak pakai. Al maklum lah kalau keluar dengan diorang nie CONFIRM ada sesi fotografi. Time tu macam macam posing ada. NGEH. Pagi tu aku dan Fuza gerak dulu pergi kolej sebab ada benda nak settle. Benda ape biarlah rahsia kan. MUAHAHA. Then kitorang lepak dulu kat sana sementara tunggu Ruhana nak masak dulu katanya. Masak ape pun aku taktau. Lain kali bawak lah bekal untuk kitorang. Bajet sikit duit. BHAHAHA. Sementara tunggu kat kolej tu kitorang amik lah kesempatan online bagai dulu.




Sebelum apa apa pun harus lah diisi perut dulu. XD


Muka masing masing khusyuk bila dapat makan. Memang makan tak hengat punya. 


Nie lah azie. Eh eh aku lah kan. Owner for this blog. :))


Bergosip. Apa ponn tak boleh!


Lakonan di depan CM. Haha. 


Cadangnya nak jadi guard kat sini tapi tak qualified sebab perempuan. HAHA. 

Thursday, 23 June 2011

2 hari yang amazing | Kisah kau dan aku

Assalamualaikum..

Ehem ehem.. kalau orang tanya hari nie sape yang paling happy aku akan jawab AKU lah orangnya.  Sebab ape? Meh rapat rapat chek nak habaq mai. Hari nie chek nak habaq panjang lebar pasai chek dah lama tak update blog. Rindu pun meluap luap. Sebabnya aku hadapi 2 hari yang soooo amazing (soooo menunjukkan aku over happy dengan keadaan tu).  Tapi nie bukan lah hari pertunangan or wedding aku.  Yang tu of course lah sangat sangat happy kan. Tapi yang nie 2 hari yang aku tak pernah alami dengan orang lain. Even sebelum nie pun. Habiskan masa bersama my Mr M aka cinta hati aku tanpa gangguan. HEH. Gedik kan kau azie tu pun nak citer. Heh ade aku kisah? Ni coretan hidup gua lah. Ape yang jadi dalam hidup aku takde kaitan dengan orang lain. Wahh kasar ayat kau. Eh xde lah awak awak semua ni kan coretan hidup saya. Mestilah saya tulis pasal hidup saya. Kan kan kan. Kalau tak takde lah saya tulis coretan hidup saya kan awak awak semua. >.<. Ok sambung balik citer. Of course lah best giler dapat spend time with orang yang kita sayang kan.  Aku dan Mr m hang out together,  go for movies, bowling, makan takyah cakap lah kan tu memaang agenda WAJIB.  Sebab tu orang tengok aku sekarang nie senang hati. YES I ADMIT IT. Memang aku happy giler bila dengan insan yang aku gelarkan Mr M nie. He treat me like no one else do before.  Dengan dia lah aku merasa tengok wayang, dengan dia lah aku merasa berjalan jalan like the other couples do.  So tak salah aku jadikan dia PEMILIK HATI aku. Sebab dari awal kenal sampai lah sekarang layanan dia tak pernah berubah. And moga moga untuk selamanya kalau ditakdirkan ada jodoh.

To awak, thanks because treat me like this. Saya hargai sangat sangat ape yang awak buat dalam hidup saya. Walaupun macam macam kerenah saya buat tapi awak tetap sabar. Awak selalu adakan masa untuk saya. Kalau kita keluar awak tak pernah biarkan saya balik dengan perut kosong kan. Ape yang saya nak makan mesti awak bawak. (Bila fikir balik semua tu air mata saya bergenang. Bukan sebab sedih tapi TERHARU). Awak bagi saya rasa kebahagiaan yang tak pernah saya rasa sebelum nie. Macam yang saya cakap awak layan saya yang orang lain tak pernah buat sebelum nie. I really appreciate it.

p/s : Thanks awak bawak saya tengok citer KL Gangster walaupun dah lama citer tu keluar. Memang best sangat sangat. And thanks jugak bawak saya jalan jalan ‘tempat kita’ walaupun tak turun kan. :)

Saturday, 18 June 2011

Bila diva remaja mula melangkah | KL Series

Assalamualaikum

Wow tajuk entri mesti kasi meletop kan. Baru orang terangsang nak baca. Wah meletops lagi ayat kau nok.. Dah lah tak payah nak ceghita banyak. Kasi gegar mata kalian. MUAHAHA.







Sebelum ape ape harus lah mengisi perut. Baru ada tenaga nak merantau. NGEH NGEH. Selera kami memang sama. :D


Fuza kawan baik aku yang TERSANGAT BAIK dalam hidup aku. Sape pandang sure CAIR punya. KEHKEHKEH.


Bukan harus lagi tapi WAJIB la bergambar kan. 




HEHE nie bukan sesi membeli baju pengantin tau. Sebenarnya aku nie giler PURPLE. So kalau aku nampak someting color purple aku akan jadi excited. Tambahan pulak nampak baju pengantin warna idaman aku. :))


Dengan kawan baik aku jugak Ruhana. Setelah penat berjalan kitorang berhenti kat Each a Cup. Sedap beb ice blended kat sini. Kawan aku Fuza yang introduce kan. Lama lama aku pun jadi KETAGIH. XD


Mesti pelik kan keluar gegar KL pakai shawls tiba tiba transform tudung. Actually dah balik rumah tapi tiba tiba ada panggilan meminta aku menjemput ibunda pulang dari tempat kerja. 

p/s: Akibat terlampau excited hang out tak hengat dunia memang kaki aku jammed malam tu. Nak turun dapur pun alahai 'takde ke remote bila kita picit air tu datang' HAHAHA.

Thursday, 16 June 2011

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Ehem ehem. Tetiba je kan. Kali nie aku nak bersyukur kepada Allah SWT kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk melakukan amal. Kerana aku masih dikurniakan kesihatan tubuh badan. Kerana aku masih dikurniakan rezeki yang halal. Kerana aku masih ada orang sekeliling yang SAYANG kat aku. Ngeh. Kerana aku sempat menghabiskan Diploma aku. And kerana aku dapat keputusan yang memberangsangkan. Alhamdulillah.. sekurangnya aku berbangga apa yang aku buat selama ni dapat hasil yang berbaloi. Walaupun aku selalu keluar pagi balik malam. Ada suara mengeluh bagai semua. Tapi Alhamdulillah ni lah hasilnya. :))



With lecturer aku yang funny giler. Memang pecah perut bila lepak dengan dia.


Muka bersyukur dapat result. Alhamdulillah berbaloi jugak ape yang aku buat selama ni. :))

p/s: Balik dengan Mr M. Memang rindu sangat kat awak. Tak sabar nak tunggu konvo pulak. Meeoowww.

Tuesday, 7 June 2011

Bila budak chokia masuk tempat loaded

Assalamualaikum
Tak jawab dosyyyaaa (dosa). Ala dah lama tak menulis gedik lah nak pelat bagai semua. Disebabkan broadband kat ghumah (rumah) laju mengalahkan ERL so tak boleh nak berblogging online semua. Tak payah pening kepala sangat lah. Tu maksudnya broadband aku buat hal. Geram je baru ada mood nak tulis. Lama tersimpan dalam draft sebab takleh nak update. APA PON TAK BOLEH~~

Ok lupakan kisah broadband tu. Ha mai mai rapat rapat semua entri kali ni berkisarkan bila orang KL chokia masuk tempat loaded. Tajuk nie adik kesayangan yang bagi. The only one i had. Berbalik ke entri tempat ni memang gah lah kan. Sepanjang umur saya menjelang 22 tahun nie aku tak pernah jejakkan kaki ke The Curve atau IKEA atau setempat dengannya. Hebat kan saya. Kalau sedara dari jauh tiba tiba suruh aku tunjuk tempat tu memang FAIL. Tak faham lagi. GAGAL. Memang tak layak dok KL lah kau. Mula mula tu memang sesat bagai lah. Setelah menghadapi dengan penuh kesabaran akhirnya sampai tempat dituju. Yeayyyy~ Sebab aku dah lapar waktu tu. Tapi terpaksa tahan lagi sebab abah dengan ibu tak bagi. Dorang suruh jalan dulu nak tengok perabot kat IKEA. Muka memang tegang lah pada mulanya. Tapi lepas tu dah ok dah :). Mengada ngada kan! Dorang jalan tapi aku dengan adik buat hal sendiri. Rasa macam dalam rumah sendiri. Dasar orang KL chokia. Memang excited lebih. Then lepas takde ape yang menarik masa yang ditunggu tunggu. MAKAN. Memang rasa nak order semua lah kan lapar lapar camtu. Then baru lah pergi jalan kat The Curve. Jalan jan kat situ memang best lah rasa macam loaded je walaupun dalam purse duit tak seberapa. MUAHAHAHAHA. Tapi sebab jalan dengan parents kan so save lah duit sendiri. Kalau tak even nak makan pun terkial kial lah nak keluar duit sendiri.

 

Dalam kereta sempat lagi lah kan. :))


Bila tak dapat nak makan camni lah jadinya.


Takde sape dapat pertikaikan kami bukan ADIK BERADIK. xoxo.





Bila keBENGONGan melanda kami.

p/s : Terpaksa online atau berblogging kat kolej sebab broadband TAKDE mood. xoxo.

Friday, 3 June 2011

Aset kesayangan hamba

Assalamualaikum

Pagi pagi Jumaat nie harus lah mulakan dengan senyuman. Pagi sangat lah kau azie kan. HEH. Ye lah kan Jumaat kan penghulu segala hari :)). Ape ape kebaikan yang kita buat hari Jumaat nie akan dapat PAHALA. Cukup lah tazkirah hari ini. NGEH NGEH.  So entri kali nie tak pendek dan tak panjang jugak. Yang sedang sedang saja. Hari nie ambo nak citer tentang aset aset kesayangan PERLU ado dalam hidup hamba nie. Kalau tak boleh sasau hamba dibuatnya. Sasasaaaauuuuu.. Sah ko dah sasau azie.


Yang pertama dipersilakan bantal yang sering aku bawak tidor aka bantal bucuk la kan. NGEH. Ada sekali tu abah aku cakap nak buang dah bantal nie. Memang berubah lah muka aku kan. Memang sampai kawin lah aku akan bawak bantal ni. HAHA. Nasib awak laaa..(Abaikan katil yang bersepah tu ye. Pasai tu la chek selalu kena marah dengan ibu chek. Kalau mak mertua tengok memang kena reject lah kan. MUAHAHAHA)


Yang kedua dipersilakan teddy bear kesayangan aku nie. Pemberian my Mr M pada 1 Sept 2010. Memang mula mula segan lah kan tapi dalam hati memang nak. HEH. So teddy nie jadilah KESAYANGAN aku termasuk tuan yang bagi nie. >.<


Yang ketiga dipersilakan henfon aku. Henfon ni first aku beli pakai duit sendiri. Memang lah bukan full kan tapi ada jugak lah kan. Memang aku sayang henfon nie dari aku beli 2007 time raya. Excited dapat duit raya kan terus beli henfon. NGEH. Ada lagi kat aku sampai sekarang nie. Sayang nak jual kat orang walaupun ada yang nak.


Yang keempat dipersilakan henfon baru aka henfon idaman aku. Henfon nie ibu kesayangan yang belikan. THANKS IBU. AKAK SAYANG IBU. :))


Yang kelima dipersilakan takyah cakap pun dah tau kan. mesti pelik kan selipar yang dah buruk nie masuk dalam kategori aset kesayangan aku. Nak tau sebab ape? Bukak mata luas luas ye.. Selipar nie dibeli oleh my sweetheart aka cinta hati aka Mr M. Memang lah murah kan tapi value dia tinggi dalam hidup aku. Walaupun dah takleh pakai aku still simpan selipar nie. Nampak kan betapa aku SAYANG sangat kat ia. NGEH NGEH.


Yang keenam dipersilakan koleksi novel novel aku. Aku memang minat membaca tambah tambah dapat novel baru. Panggil lah 10-20 kali pun mata aku takkan berganjak dari novel tu. Sebenarnya ni baru sebahagian nak tunjuk semua nanti cakap aku show off pulak. Apa pon tak boleh. -.- So ada sape sape baik hati nak bagi aku novel buat koleksi? MIAHAHAHA.



And yang last nie aset jugak lah kan. Muka itu aset aku. Sebab muka lah orang terpikat kat kita. HAHAHA. Actually aku nak tunjuk nie lah muka aku kalau nak mintak sesuatu kat orang. Nak cakap segan kan so buat lah muka nanti orang tanya baru lah ringan mulut nak jawab. NGEH NGEH. >.<

p/s : Bersyukur dapat sahabat yang memahami sebab pinjam kan daku novel. Terisi masa weekend aku. Yeay~~ (^_^) 

Wednesday, 1 June 2011

Sebab kenapa tak suka duduk rumah

Assalamualaikum


Gian nak menaip ni. Nak mesej taktau nak mesej sape hikhik. Padahal kau nak jimat kredit. So kat sini la nak luahkan segalanya. PEACE. Tengah tengah baring tadi zupppp(sound) tiba tiba rasa na menaip pulak. Tambah tambah dapat idea nak tulis entri nie. Macam best kan. Selalunya orang nak duduk rumah boleh relax rehatkan badan yang penat bekerja tak henti henti ni kau pulak tak suka duduk rumah memang pelik sangat kau azie. Fuhhh! penat cakap pun tak henti henti nie. 


Sebab pertama daku tak suka duduk rumah BORING. Ha saje caps lock biar terang sikit korang nampak kan. HAHA. Mungkin aku dah terbiasa keluar rumah time study. Kadang kadang pergi pagi balik dah malam. Bunyik macam bizi(busy) kan awak awak semua. Tapi tu lah perjalanan hidup saya. So kerana keterbiasaan itu bila dok kat rumah ni rasa macam panas badan je. Macam cacing kepanasan tau tak awak. Pastu rasa macam takde ke orang nak ajak aku kuar. Selalunya yang jadi mangsa aku of course la kawan baik aku Fuzah and my sweetheart Mr M. Grrr bosan tau tak!!!! 


Yang kedua bila dah dok rumah je tak watpe mula lah kan mata pun MENGANTUK je. Tambah pulak tv asyik tayang citer yang sama je. Hisy takde citer baru ke. Nak citer baru kau buat sendiri la azie. NGEH. Macam tu lah aku kalau dok rumah sampai time makan laju je lah tuju dapur kan bila perut dah kenyang mula lah mata pun macam tak ikhlas je nak bukak. Nak nak dengan cuaca yang mendung je. Tak payah ambik masa lama genap seminggu jumpa orang mula lah cakap 'Wah hati senang sekarang ek'. Adoi!!



Ni lah muka orang yang tak dapat keluar. Tolong lah sape sape ajak aku keluar. :D