Monday, 30 May 2011

Bila virus menyerang

Assalamualaikum


Ha rindu betol jari teman ni nak menaip. Ate kome pun rindu teman ke. Adess sejak bila ko loghat peghak (perak) ni azie.. Ok sudah. Kehilangan saya kali nie bukan bawak diri, bukan putus asa tapi kureng (kurang) sihat je. Sah gedik la kau ngada ngada kan ngadu kat orang. HEH. Mungkin musim lah kan.. Bukan musim durian tau. Kalau musim tu semua dah pergi berkerumun dekat tepi tepi jalan. Kenape tepi jalan bukan tengah ke. Yelah kalau tengah dah tentu lah korang tak makan durian. Entah entah nak makan pun kena orang suap. Nauzubillah. Adoi jauh tersimpang dah ni. Patah balik. Sekarang nie memang la suara pun macam ada takda. Hingus pun meleleh leleh. HAHA. Ok lah dari kau membebel tak tentu pasal baik la kau stop. NGEH.


Sakit sakit pun selera makan tetap ado. Kau ado? HAHA. Ibu tersayang belikan untuk anak perempuan tunggal dia. Bangga u XD. Asalnya aku punya kek je nak suh tulis nama tapi orang tu tulis semua sekali. Janji masuk perut. HAHA. 

p/s: Bila sakit nie mood nak menulis pun kureng. Harap maaf ye kalau ada cacat cela. Akan cuba cari balik mood tu. xoxo. *Mr M pun tak berapa sihat. Gigi sakit. Sabar ye awak mungkin ni dugaan untuk kita. Cewahhh... 

Friday, 27 May 2011

Finally..

Assalamualaikum


Hari ni lambat sikit. Da nak masuk hari baru baru terkial kial nak update entri hari nie. Jadi adik adik abang abang akak tak nak cakap banyak sebab nanti akak dicop membebel. Mari mari rapat rapat telinga akak nak nak bagitau yang finally akak DAPAT JUMPA MR M walaupun sekejap. :)) Sempat jugak la pergi makan. Suap suap lagi u alls. Sakit hati je baca kan. Ingat kenape ye tak. Takpe la yang penting akak hepi nokkk. Kau ado?? HAHA. Agak langsi kan. Satu yang aku respect dalam diri Mr M dia usaha jugak nak jumpa walaupun ada hal melainkan hal yang penting sangat. Dalam diam aku terharu. Sobs sobs. 


Muka nak mintak macam macam. Boleh bagi ke? HAHA

p/s: Entri yang macam tak ikhlas nak tulis sebab mata dan jari dah penat. Buat ape ntah kau ni azie. NGEK. 

Monday, 23 May 2011

Natural atau buat-buat?

Assalamualaikum


Malam ni aku kurang sihat. Kepala pening pening so tanda tanda nak demam semakin menghampiri. So kalau ada ayat yang merapu meraban tunggang terbalik tu harap maap la ye! :) Natural?? Buat buat?? Apekah itu? Ok semua pelan pelan (perlahan-perlahan) ye akak nak citer la ni. Entri kali ni berkenaan dengan sikap aku bila tak sihat atau kata lainnya sakit la kan. Kalau dah tak sihat apa lagi kan. HEH. Kalau aku tak sihat aku mesti perlukan seseorang tak kira la family, kawan or insan tersayang (ehem ehem) . Sebab bila aku sakit ni memang aku lemah sangat sangat (mane ade orang sakit lincah lak kan). Tapi orang lain aku tak tau la sebab entri ni pun memang pasal aku. HAHA. So makan pun nak bersuap kalau boleh mandi pun nak mandikan. (Auwww) Eh tak la setakat ni sendiri buat la tak tau bila dah ber'husband nanti (Oh My God ! ). La dah kawin memang takde rahsia la kan. Oppss patah balik ke entri. Lagi satu sikap aku time sakit ni memang manja giler aka suka merengek rengek. Ala macam budak budak bila die nak gula gula tapi mak dia tak kasi sebab budak tu sakit gigi. Memang dia nak sangat la kan. So macam tu la dengan aku. Actually sikap ni aku baru sedar tadi (selama hidup 22 tahun ni) sebab Mr M mula bersuara jangan buat dia serba salah bila aku mintak dia datang jaga aku. Fikir fikir balik keterlaluan sangat aku ni. Gedik la kau ingat husband kau ke azie oiii !! Ni lah sikap yang aku nampak dalam diri aku. Kalau boleh memang tak nak la kan sebab macam susahkan orang. Tapi ni lah sikap aku bukan sengaja buat buat. Kalau tak tahan dengan aku memang kena tinggal la kau azie. xoxo.



Bila hati girang terjadi la raut muka ni. HAHA. Show off muka orang yang tengah bahagia sakan. Gedik kau azie!


p/s: Hidup ni perlu diselang selikan dengan manja sikit, happy sikit, moody sikit, merajuk sikit baru la meriah. Boleh ke macam tu? XD (Kesian Mr M. Sori awak takde niat nak buat awak macam tu. Tapi awak paham saya kan. Tu yang buat makin sayang. Bestnya statement kau azie :DD )

Sunday, 22 May 2011

Majlis Aqiqah

Assalamualaikum


Malam malam ni taknak la entri jiwang jiwang. Malam ni je malam esok sambung balik. HAHA. Mesti pelik kan dengan tajuk entri kali nie. Nak cakap azie punya kawin pun belum lagi. Baru bercintan cintun. Kalau abang azie punya pun bukan sebab siblings azie memang sorang pun belum kawin. Musykil kan. Tambah musykil bila bahasakan diri azie. Konon konon manja la tu. Eeee GELI tau! Kembali normal ye. Actually entri nie pasal jiran sebelah rumah aku. Baru tepuk dada tanda LEGA kan. HEH. Memang best kan kalau sambut orang baru dalam keluarga kita. Tambah tambah kalau zuriat kita sendiri. Macam biasa lah mesti ada majlis aqiqah atau majlis cukur jambul. Majlis nie memang biasa la dalam masyarakat kita seperti sunnah Rasulullah s.a.w. Dulu memang tak paham la sampai dalam hati marah 'eh tak cantik la potong rambut baby tu camtu'. Tapi dalam hati je la kan. Nak cakap kuat kuat kang rumah orang. Malu lak parents aku nanti. hikhik. Tapi yang aku tau kalau orang buat majlis ni mesti nak tumbangkan seekor kambing kan. Tambah tambah bila dia panggang. Makan pulak dengan black pepper. Perghh memang kecur air liur la sape yang tengok. XD. Cakap banyak pun tak guna kan. Tunggu lah bila korang buat majlis tu sendiri. Papepun jangan lah lupa jemput aku ye! :D


p/s: Mengalami masalah teknikal untuk mengupload foto. Takleh lah nak bagi korang meleleh air liur hingus bagai. Dasar niat tak murni. HEH. Tak sabar nak tunggu dapat buat majlis tu sendiri. *Auwww XD

Saturday, 21 May 2011

Bila hati dah rindu

Assalamualaikum


Hujan malam malam nie memang best kalau disajikan dengan entri jiwang. Hisy takde kaitan la azie. Malam nie izinkan saya menggedik ye abang abang kakak kakak. HEHE. Situasi begini selalunya terjadi pada orang yang mabuk. Bukan mabuk orang minum arak tu tau. DOSA. Ni mabuk yang berlaku pada orang yang bercintan cintun. MABUK CINTA. >.< Entri malam ni memang berkenaan Cik Azie. Eh saya lah kan. Ditujukan rindu ini untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung saya. My beloved Mr M. NGEH NGEH. Memang agak lama aku tak spend time dengan dia. (Berapa lama tu tak pasti lah. hehe) Bukan sengaja atau memang tak nak jumpa. Tapi kesibukan membataskan segalanya. Wah class ayat kau azie.. Tambah tambah sekarang nie aku terpaksa ambil alih peranan abang aku so memang susah la kan. Tapi mujurlah dia faham walaupun kerap kali jugak ajak keluar ape semua. Thanks awak, saya janji akan ada masa untuk awak ye. *Auwww :)



Bear nie lah pengubat sedikit rindu aku pada Mr M. Pemberian Mr M 1 September 2010 bulan puasa. Wah ingat lagi :).. Bila rindu dia aku peluk bear nie. Boleh ke macam tu. >.<

p/s: Biarlah masa menentukan.(Ayat redha) XD

Thursday, 19 May 2011

Tweet tweet

Assalamualaikum


Malam ni hujan lagi. Kilat sabung menyabung tadi buat aku postpone untuk menge-post entri. Sebab aku takut kilat. Tambah tambah kalau aku dok sorang. Walaupun siang tapi bila gelap nak hujan tu macam gelap lain macam je aku da mula takut. *tau takut kan kau azie. Ok sambung. Entri malam nie aku nak citer tentang salah satu website atau laman sesawang yang dikenali sebagai Twitter. Ala famous nya lebih kurang cam fesbok atau facebook atau fb. Dulu ada myspace, friendster, tagged bagai kan. Tapi tu zaman budak boleh la ada semua tu. Cehh pandai lak kau tentukan azie. Citernye cenggini.. Bukan complicated sangat pun tapi aku yang menyebabkan ianya begitu complicate. HEH. Sampai skang taktau camne fungsinya twitter. Tu lah kau orang ada Twitter kau pun sibuk la nak gak. Lepas tu menggagau nak tweet tweet bagai. So conclusionnya kalau ada sape yang baik hati tolong terangkan apekah fungsinya tweet tweet twitter. (Sama ke dengan bila kita main kejar kejar then kita tweet sambil merapatkan semua jari) *Bingung seketika di malam hari.



Muka untuk mendapatkan simpati. Macam nak mintak penampar pun ada kan. Tapi siapakan gerangan yang direnung oleh aku? XD

p/s : Mr M baru call nak main futsal malam malam ni. Hati hati ye awak. Saya sayang awak :)) (Tu pun gedik nak bagi tau kan)

Tuesday, 17 May 2011

Hasrat Tercapai

Assalamualaikum


Malam malam cenggini baru lah aku dapat online. Memang time ni lah jadual aku sekarang ni. Sejak abang kesayangan aku masuk hospital memang pagi pagi nampak muka aku keluar malam malam baru nampak muka aku balik. Semuanya demi ABANG KANDUNG TERSAYANG. Saje tulis huruf besar biar orang nampak. Ngeh ngeh. Abang aku dah dapat jiran baru sorang pakcik tu dari Bangsar. Memang baik and funny sangat orangnya. At least kalau sakit sakit pun hati senang je. Sakit sakit pun tak rasa. Terima kasih pakcik sebab bagi coklat dan kek tadi.*Semalam birthday pakcik tu anak anak dia datang la bawak aneka makanan. So yang untungnye aku la kan. HEHE. 


Eh melalut lak aku nie. Takpe kasi pakcik tu famous masuk entri aku ni. Seperti yang dimaklumkan tajuk entri di atas (Wahh berlagak YB gitu..) hasrat apekah yang tercapai? Hasrat nak tambah boifren? Hasrat nak kawin? Tett... tekaan anda salah. Cuba korang bace entri sebelum ni. Haa dapat tak. Hasrat tu lah yang tercapai. Hasrat memiliki henfon idaman :). Senyum lebar sampai telinga aku malam ni. Seperti mendengar kata hati aku. Sebenarnya dah lama aku simpan impian tu cuma baru baru ni baru dapat luahkan. Duit yang kumpul kumpul makin surut. Memang kalau tunggu duit aku entah bila lah nak dapat kan. Jadi persoalannya siapakah gerangan insan yang baik hati belikan aku henfon ni. Ikutilah perbualan di bawah. (Sambil kedua dua tangan menopang dagu)


Ibu: Haa seperti yang ibu janjikan. Hari nie janji mesti ditepati.
Aku: (Memang dah agak dalam hati kan tapi buat buat tak tahu la). Ape dia bu?
Ibu: (Sambil tersenyum ke arah aku) Kita g sogo beli buah buahan nak makan kat hospital nanti. Pastu HENFON
Aku: (Dah girang dalam hati tapi control lagi) Takpelah bu. Kita settle hal abang dulu. Henfon tu bila bila pun boleh kan. *Adik yang baik aku kan. HAHA. Sempat lagi kau azie. 
Ibu: Takpe lah. Abang punya memang ibu da ketepikan. Ni memang khas untuk akak punya. Lagipun dah lama tertangguh kan.
Aku: (Terdiam dan terharu. Nie lah kasih ibu yang membawa ke syurga)



I LOVE YOU IBU :)



Ni lah henfon idaman aku. Syukur Alhamdulillah. :)


Ni lah wajah bila dapat henfon baru. Niat hati nak meloncat tapi control ayu la kan. NGEH. XD

p/s: Alhamdulillah Allah kabulkan impian aku. Thanks ibu. Akak sayang ibu :). Dalamnya kasih ibu. Asalnya pakai aku punya duit then ibu aku tambah. But bila aku hulurkan duit ibu cakap "takyah lah simpan je duit tu jimat la sementara ada ni" (Sangat sangat terharu. Sobs sobs)