There was an error in this gadget

Tuesday, 17 May 2011

Hasrat Tercapai

Assalamualaikum


Malam malam cenggini baru lah aku dapat online. Memang time ni lah jadual aku sekarang ni. Sejak abang kesayangan aku masuk hospital memang pagi pagi nampak muka aku keluar malam malam baru nampak muka aku balik. Semuanya demi ABANG KANDUNG TERSAYANG. Saje tulis huruf besar biar orang nampak. Ngeh ngeh. Abang aku dah dapat jiran baru sorang pakcik tu dari Bangsar. Memang baik and funny sangat orangnya. At least kalau sakit sakit pun hati senang je. Sakit sakit pun tak rasa. Terima kasih pakcik sebab bagi coklat dan kek tadi.*Semalam birthday pakcik tu anak anak dia datang la bawak aneka makanan. So yang untungnye aku la kan. HEHE. 


Eh melalut lak aku nie. Takpe kasi pakcik tu famous masuk entri aku ni. Seperti yang dimaklumkan tajuk entri di atas (Wahh berlagak YB gitu..) hasrat apekah yang tercapai? Hasrat nak tambah boifren? Hasrat nak kawin? Tett... tekaan anda salah. Cuba korang bace entri sebelum ni. Haa dapat tak. Hasrat tu lah yang tercapai. Hasrat memiliki henfon idaman :). Senyum lebar sampai telinga aku malam ni. Seperti mendengar kata hati aku. Sebenarnya dah lama aku simpan impian tu cuma baru baru ni baru dapat luahkan. Duit yang kumpul kumpul makin surut. Memang kalau tunggu duit aku entah bila lah nak dapat kan. Jadi persoalannya siapakah gerangan insan yang baik hati belikan aku henfon ni. Ikutilah perbualan di bawah. (Sambil kedua dua tangan menopang dagu)


Ibu: Haa seperti yang ibu janjikan. Hari nie janji mesti ditepati.
Aku: (Memang dah agak dalam hati kan tapi buat buat tak tahu la). Ape dia bu?
Ibu: (Sambil tersenyum ke arah aku) Kita g sogo beli buah buahan nak makan kat hospital nanti. Pastu HENFON
Aku: (Dah girang dalam hati tapi control lagi) Takpelah bu. Kita settle hal abang dulu. Henfon tu bila bila pun boleh kan. *Adik yang baik aku kan. HAHA. Sempat lagi kau azie. 
Ibu: Takpe lah. Abang punya memang ibu da ketepikan. Ni memang khas untuk akak punya. Lagipun dah lama tertangguh kan.
Aku: (Terdiam dan terharu. Nie lah kasih ibu yang membawa ke syurga)



I LOVE YOU IBU :)



Ni lah henfon idaman aku. Syukur Alhamdulillah. :)


Ni lah wajah bila dapat henfon baru. Niat hati nak meloncat tapi control ayu la kan. NGEH. XD

p/s: Alhamdulillah Allah kabulkan impian aku. Thanks ibu. Akak sayang ibu :). Dalamnya kasih ibu. Asalnya pakai aku punya duit then ibu aku tambah. But bila aku hulurkan duit ibu cakap "takyah lah simpan je duit tu jimat la sementara ada ni" (Sangat sangat terharu. Sobs sobs)

No comments:

Post a Comment