Saturday, 14 May 2011

Aku dan Rajuk

Assalamualaikum


Lama tak update blog ni. Rindu tak? Perasan kau azie. Bukan dah malas or taknak or seangkatan dengannya tapi masa tak mengizinkan aku berblogging ni. Cewahhh kemain kata pujangga kau kan.. Sebenarnya busy la dek abang kandung kesayangan aku masuk hospital. Oleh kerana aku tak ramai adik beradik and aku anak kedua so secara automatiknya tanggungjawab yang sulung turun kat aku. Eh eh ada tak mak pak sape sape nak ambik aku jadi menantu. Bertanggungjawab nie :).. Dahh cukup lari tajuk nie.


Kenapa daku buat tajuk entry cenggini?? Taktau teruskan membaca. HEH. Pompuan dan merajuk memang sinonim kan. Kalau salah tolong betulkan ye. Tapi bagi aku memang kuat merajuk. Kadang kadang benda kecik pun aku boleh merajuk. Tapi aku merajuk bukan saje saje. Kadang kadang saje je nak mintak orang pujuk. Serupa kau mintak orang penampar la azie. HEH. Yang selalu jadi mangsa for sure la Mr M. *Saya merajuk sebab nak manja dengan awak tau :). And lagi satu kerap didatangi oleh pompuan iaitu PMS. Ha masa ni memang jangan cari pasal la. Mood boleh hilang, muka yang buruk aku tarik bagi hodoh lagi. HAHA. Tapi tau je la kadang kadang tu pandai kau merajuk pandai la kau pujuk hati sendiri. Takde ke time aku merajuk orang hantar bunga ke coklat ke nak pujuk. HAHA. *Gedik lebih la kau azie. So dengan Mr M aku tak boleh nak tipu la. Memang dia akan tau kalau aku merajuk ke ape even dalam mesej. *Tu yang saya sayang awak lebih tu ;). Tapi kadang kadang memang dia saje je nak wat aku merajuk ke tarik muka ke ape. Saje nak buli orang kan awak. Mencik tau. hehe. tak la awak mana boleh benci buah hati pengarang jantung saya nie. 


So entri kali ni memang tentang rajuk. Tapi aku yakin lah memang kebanyakan mesti merajuk dengan insan tersayang kan. Kalau nak lebih info klik je SINI :)



Ni bukan merajuk tau. Ni yang berlaku bila gambar diambil secara curi :)


Ni pun bukan merajuk jugak. Ni muka layan perasaan. Perasaan apa? Aku pun tak tau. HAHA. Muka merajuk? Hanya 'dia' yang tau ^^

p/s: Nak tunggu satu hari bila Mr M berjaya pujuk aku. HAHA. Jangan marah ye awak. :)

No comments:

Post a Comment