Monday, 16 May 2011

Oh lelaki idaman~

Assalamualaikum


Kedinginan suasana malam nie buat aku nak menge-post tajuk entri sebegini. Cam best kan. Aku sendiri pun like entri yang aku nak buat nie. So mai dekat ai rapat abang abang adik adik semua. Bukak telinga lebar lebar macam jalur lebar tu. HAHA. Kelakar sudah kau azie. XD


Okay..aku tau semua orang mesti penah becinta kan. Even tak pun mesti korang ada letakkan ciri ciri untuk sesiapa yang bakal jadi gf/bf korang kan. Entri kali nie daku nak citer tentang ciri ciri LELAKI IDAMAN aku :). Bersedia tak nak dengar? Angkat dua jari and buat PEACE >.<


Jujur
Firstly, lelaki nie haruslah jujur. Tak kira dalam setiap ape pun yang dia buat. Kalau tak baik takyah bercintan cintun kan. Aku nie memang paling pantang kalau orang tak jujur dengan aku. Jenis aku kalau aku dah SAYANG kat orang tu memang aku bagi kepercayaan kat dia. So kalau sekali dia dah runtuhkan tembok kepercayaan tu susah aku nak percaya buat kali KEDUA. :)


Setia
Bila dah datang jujur tu of course la dia setia kan. Macamane aku boleh bagi jaminan aku takkan berpaling (cinta) camtu gak la aku nak dari lelaki tu. Sebab aku kalau dah sayang orang tu memang orang tu je dalam hidup aku. Aku takkan keluar dengan laki lain melainkan kalau dengan dia. So macam tu gak aku nak dari si dia. PEACE :)


Caring
Nie jugak sikap yang boleh buat aku tersentuh. Aku memang takleh kalau lelaki ambik berat kat aku sebab boleh buat aku JATUH HATI. Tapi aku tau la beza antara dia caring betol or saje nak ambik hati kan. Nie jugak lah faktor aku JATUH CINTA dengan Mr M :). First time saya mula tersentuh dengan sikap awak masa awak cedok kuah tomyam untuk saya. HAHA. Mungkin pada orang lain benda nie kelakar or boleh buat orang gelak terguling guling tapi ni lah hakikatnya. SUMPAH takde orang lagi yang pernah buat saya camtu. Kalau lah awak tau hati saya berdebar debar saat tu. *BLUSHING


Penyayang
Nie pun mudah buat aku jatuh hati kat lelaki tu. Dah nama pun orang tersayang mesti lah ada sifat penyayang tu kan. HEH. Aku paling pantang kalau baru setakat IN A RELATIONSHIP kau dah angkat tangan ape semua. Kalau da married tak tau ape lak kau angkat kan. Ehh bro kata sayang macam tu ke kau tunjukkan rasa sayang kau tu. Yang perempuan lak muka kau dah macam macam color semua kau still terhegeh kat lelaki tu. Kak KUMBANG BUKAN SEKOR tau. Sorry la if ada yang terasa. This is just my opinion. :)


Romantik
Kalau yang di atas tadi HARUS ada ni just bonus je. Cehh ingat game ada pusingan bonus bagai. Romantik kat sini bukan lah perlu petik bunga, matahari, bintang or anything else ape semua. (Kalau buat lagi best. HAHA) Cukup lah ape yang dia buat or usaha nak buat menghiburkan hati aku. Tambah tambah dengan sifat aku yang manja and kuat merajuk. HEH manja lah sangat kann.. Cukuplah dia pandai jaga aku and mampu buat aku HAPPY bila dengan dia :)


 Dia lah PENCURI & PENJAGA hati saya. Dia jugak BUAH HATI saya. Dan dia lah CINTA HATI saya. Thanks awak sebab buat hidup saya bersinar balik. (Bajet romantik~ nyampah. HAHA)


p/s: Lamanya tak jumpa Mr M. Rindu awak la :)

No comments:

Post a Comment