Malam malam cenggini baru la aku dapat update segala macam citer yang ada di benak aku. Entri malam ni aku nak citer pasal PPUM. Apa itu PPUM? Ia adalah singkatan bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Apakah kaitannya dengan aku? Aku bukan lah pesakit jauh sekali pekerja di situ. Cehh da macam fakta pulak. HEH. Kan aku da citer sebelum nie abang aku sakit kena operation. Jadi beliau lah mangsanya. Kali ni kali kedua aku menjejakkan kaki ke sini. Sebelum nie beliau dihantar ke sana atas sebab musabab yang sama. Gara gara futsal lutut beliau terbelah dua. *Tiba tiba teringat Mr M selalu main futsal. Hati hati ye awak. Saya sayang awak :). JIWANG LA KAU. Dah berbalik kepada abang aku, sebelum nie beliau da pun menjalani satu pembedahan. Tapi hari tu datang untuk checkup balik, doctor cakap dawai yang ikat lutut tu terbukak. Dengan tercengang cengang parents aku dengar. Yelah kan kalau nak kata jatuh tu memang tak la sebab memang dia dikawal rapi kat rumah tu. (UNTUNG KAU ABANG) .Dengan senangnya doctor tu cakap "Oh memang kadang kadang akan jadi camni". Wah senangnya kau cakap kan. Bukan kau yang sakit. Bukan kau yang kena bayar. Bukan kau yang tanggung semua ni. Nasib baik lah aku tak masuk dalam bilik rawatan tu kalau tak memang kena jelingan maut la kau. Sebab tu je yang mampu aku buat. HEHE. Tapi dek kerana abang aku dah macam tu kena ikut jugak la cakap dia kan. Mencik la!! Ok fine la abang aku admitted kat sana gara gara kau nak buat operation kan. Pastu boleh lak kau delay operation dia. Ok aku paham jugak la nak bagi laluan pada kes yang serius. Cuma satu je yang aku mintak bagi la jawapan yang pasti. Kesian la beliau dah la kena puasa tak makan pape. Kang sakit lain lak datang.*Ya Allah jauhkanlah*. So kena tunggu la dia buat operation baru lega sikit hati aku.
Ni la adik aku. Sama tak muka kitorang? Tak kan sebab aku lagi cantik. HAHA. Perasan lebih la lu. Takde kaitan pun budak nie saje nak show off kan diri beliau. :)
Macam biasa la kan. Ni la dia penulis, pembebel, macam macam lagi la. Amacam comey tak. HAHA. ^_*
p/s : Apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Entri nie bukan merungut ke ape ke. Sekadar luahkan apa yang aku rasa. "Ya Allah kurangkanlah kesakitan abangku. Permudahkanlah dia untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Amin."
No comments:
Post a Comment