Monday, 9 May 2011

Hilangkan Stress Anda

Assalamualaikum


Morning abang abang adik adik sekalian hari ni kakak nak kongsi cara untuk hapuskan stress dalam hidup kita. Actually, stress atau tekanan emosi merupakan suatu lumrah dalam kehidupan. Even orang kayo kayo yang ada duit berjuta juta pun stress taw. Siapa yang tak pernah stress dalam hidup ni? Wa tabik lu la. Tapi aku yakin semua orang mesti stress kan dalam sehari tu. Ada 2  jenis stress ini iaitu stress yang positif dan stress yang negatif. Jika stress  jenis positif ini sebenarnya membawa kepada manfaat yang baik serta tidak  menjadi bebanan yang terlampau serius dalam kehidupan seharian. Manakala stress  yang negatif boleh membawa risiko yang buruk terhadap emosi maupun kesihatan  diri. 


So kat sini kakak nak kongsi camne nak hilangkan stress korang tu and hidup bahagia.


1- Firstly, mulakan dengan mengawal pernafasan dengan tenang dan  tersusun. Bernafas adalah perkara paling asas dalam hidup manusia sebab tanpa  pernafasan sememangnya sukar untuk hidup di dunia ini. Oleh itu gunakan udara  yang dianugerahkan tuhan ini untuk mengembalikan kesegaran di dalam minda dan  jasad dengan secukupnya. Pejamkan
mata korang dan kosongkan fikiran.. tarik nafas  perlahan-lahan dan sedalam-dalamnya.. berhenti seketika sebelum menghembusnya  dengan teratur. Ulang sehingga 7 kali dan ia akan memberi impak yang baik dengan  oksigen yang cukup di dalam otak dan badan untuk membolehkan korang mengatur  semula kehidupan.


2- Then, senyum dan aktifkan perasaan positif di minda. Macam iklan Hotlink tu *Aktifkan dirimu* :) Ini teknik kuasa  minda sejati, cara untuk aktifkan perasaan & fikiran positif ini adalah  dengan senyuman dan fikirkan perkara-perkara yang menyeronokkan. Korang perlu ubah  'mindset' daripada negatif kepada positif . So inilah masanya untuk korang senyum dan  yakin dengan diri sendiri bahawa semua ini mampu diselesaikan dengan sabar,  redha, gigih, cekal, yakin dan tawakal. Perasaan maupun fikiran  positif seperti ini membolehkan korang melangkah lebih jauh dalam mengatasi  apa jua masalah dalam hidup. 


3- Next, kenalpastilah punca masalah korang dan buat keputusan dengan penyelesaian strategik. Teknik menangani masalah ini kita boleh guna  konsep PDCA iaitu Plan - Do - Check - Action. Dengan perancangan yang  baik dalam mengatasi masalah korang sudah mampu untuk kembali ke arah  kejayaan.


4- Berkongsi & melepaskan tekanan dengan beransur-ansur pun cara untuk hilangkan stress korang.  Kalau stress dan tekanan itu terlalu kuat sehingga tidak mampu dikawal lagi korang bolehlah hilangkan dengan hobi yang dapat menenangkan perasaan korang. Macam aku ni kalau stress aku suka layan lagu. So dengan cara cmni aku bolehlah hilangkan stress tu. Korang gak boleh kongsi  masalah itu dengan orang yang terdekat yang memahami korang. Macam family, kawan baik, or ehem ehem korang ke. HEH. Kau takyah nak ehem ehem sangat la azie. (Macam aku kalau ade problem aku suka luahkan dekat bff or my Mr M :). Bukan la aku menidakkan family aku tapi kalau setakat remeh takyah lah kau kusutkan kepala orang azie. Tapi depends la kat diri sendiri kan)


5- Lastly, sebagai orang Islam, kembali kepada sumber segala motivasi & inspirasi TERAGUNG. Di sinilah yang membezakan manusia yang percaya pada tuhan dan yang sebaliknya. Di  dalam Islam, Allahu Rabbul Izzati adalah sumber segala motivasi terbesar  pada hambaNya. Kita sebagai orang-orang Islam ini dikurniakan Nabi Muhammad S.A.W  serta mukjizat Al-Quran yang amat besar manfaatnya. Oleh itu kaum muslimin  muslimat jika dihayati Islam sebagai the way of life sudah tentu kita  akan menemui ketenangan dan kedamaian di dalam hati dengan zikir, solat dan  segala yang diperintahkan. Sehubungan itu jangan lupa tuhan dalam kehidupan  seharian, banyakkan berdoa yang baik-baik, mohon dipermudahkan urusan serta  minta denganNya seikhlas hati untuk berjaya di dunia dan akhirat. Wahh macam tak caya je aku cakap camni.
Sama sama lah kita renungkan dan SELAMAT BERAMAL :)


Senyum lah macam saya. Stress hilang bahagia menjelma :)

p/s : Stress gak ni nak cari keje. Ada sape sape boleh bagi saya keje? *Merayu nih. :D

No comments:

Post a Comment